Mar 15, 2010

Azean Irdawati - Benjy Tidak Bersalah

Share

Nampak Gayanya @ Bergaya, Kes pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin mengedar dadah menjadi semakin hangat.. Tambah hangat-hangat tahi ayam lagi apabila Ibu beliau, Azean Irdawati bersuara melalui SMS (Sent SMS Laa... Kira Bersuara Jugak Ke..??) ke mStar Online...

Berikut Perkara yang di pertikaikan oleh Azean Irdawati:

1. Beliau tak faham macam mana Benjy ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah

2. Benjy sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan.

3. Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan beliau walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar,”

4. Beliau juga pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya.

5. Beliau juga mempersoalkan penglibatan anak lelaki tunggalnya itu, sedangkan mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif.

6. Macam mana surat khabar kata benjy boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Sedangkan Kereta pun dia tak ada. (Simpan Kot..)

7. Beliau Turut Meng"Google" (di Internet) dan mendapati bahawa seseorang yang mengambil benda itu (shabu) Akan kurus (Cam Cicak) dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk (Cam Badak), suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam,” katanya.

So kita Tunggu Je lah keputusan pihak berkuasa.. so jangan kita dok sebok nak tuduh-tuduh je.. aku tak pernah tudoh dia pong...

p/s: Ibu mana tak cemas kalau anak dia nak kena hukuman gantung.. Kalau aku dok kat tempat dia karang ni pon aku boleh Cemas,Lemas,Kemas dan Bernas... hehehe...

p/s/s: Aku teringin nak dengar ulasan dari bini dia lak... tak kan diam je kot...???

p/s/s/s: Korang Try Kira Berapa Banyak Perkataan "Beliau" Aku Guna Kat Stetment Di Atas Ni.. Chomel Kan...???



2 comments:

Anonymous,  March 29, 2010 at 12:16 AM  

Jika ada bukti, dia patut dihukum sebagai contoh kepada orang lain.

Jika tiada dia selamat.

Artis bukanlah lesen besar untuk buat apa saja.
Semua ibu akan kata anaknya baik dan dan tahu semua aktivitinya. Anak-anak boleh soleh atau toleh je.

Anonymous,  August 14, 2010 at 12:05 PM  

Anak dah pun kawin @ beranak pun nak back-up lagi kata anak dia tak salah.
Rosak dunia kalo dapat emak macam ni.

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's