Apr 1, 2010

UpDate : Keadaan Din Beramboi Masih Lagi Kritikal Dan Tidak Stabil

Share

BERITA terkini dari Hospital Selayang (HS) mengatakan Din Beramboi masih dalam keadaan kritikal dan tidak stabil.


QQ


Sehingga pukul 5 petang tadi, Shariffudin Che Man mengesahkan keadaan abang iparnya itu.Klik sini untuk baca berita penuh..!!

Malam tadi, anak perempuan kepada DJ dan pelawak terkenal itu, Nil Aina Adibah, 18, mengesahkan bahawa bapanya masih tidak sedarkan diri akibat virus denggi berdarah.



Sebelum itu, Din atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri dikatakan berada dalam keadaan kritikal sehingga pihak hospital terpaksa memanggil ahli keluarganya segera.

Nil Aina memohon kepada semua pihak yang mengenali bapanya supaya terus berdoa agar Din Beramboi pulih.

Dalam pada itu, memetik kenyataan sebuah akhbar, Pengarah HS, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh berkata, Din dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome.

"Din mengalami pendarahan dalaman dengan komplikasi kegagalan beberapa organ utama dan keadaannya sangat tenat serta kritikal," katanya.

Din dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

"Minggu lepas saya dan ibu mengalami demam kemudian ayah pula, tetapi demam ayah teruk sehingga dia sendiri ke hospital swasta berhampiran. Namun selepas diperiksa, doktor hospital berkenaan menasihatkan ayah agar mendapat rawatan di sini.

"Selepas sampai di Hospital Selayang, dia terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk diperiksa. Buat masa ini doktor mengesyaki ayah demam denggi," ujar anak pertama kepada pelawak dan DJ itu.

Sementara itu, beberapa selebriti Suria FM seperti Linda Onn, Halim Othman, Zizi dan rakan-rakan pelawak itu yang lain turut hadir menziarahinya.

Sumber:mStar Online

P/S : Sama2lah Kita Mendoakan Semoga Abg Din Cepat Sembuh..


QQ



Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's