May 25, 2010

Noh Hujan Biadap , Menghina Student Dari UNISEL

Share

Heboh Semalaya Mengatakan Yang Noh Hujan Atau Nama Sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 25 Telah Menghina Seorang Student Dari UNISEL Dengan Memberi Sign Autograph bertulis "AWAK BUSUK". Aku Pon Tak Tau Apa Nak Cakap Dengan Artis Kita Sekarang Ni.. Baru Je Nama Naik Sikit, Dah Mula Nak Menghina Orang.. Mesti Kecik Ati Student Kat Sana Dengan Tindakan Dan Layanan Noh. Sambung Baca Kat Sini


Tapi Mungkin Juga Noh Cuma Mahu Bergurau Senda Dengan Peminatnya.. Tapi Cuma Agak Kasar Sikit Kot.. Ini Jawapan Noh Kepada Peminatnya.. Dia Jawap Guna Twitter Je..


Tak Sangka Pula Aku Si Noh Ni Macam Ni.. Nampak Macam Ok Je Sebelum Ni.. Mentang-mentang la Awekz Dia Da Gelamer Skung Ni..
Oh! Noh, Kusangka Hujan Hingga Ke Petang, Rupanya Kau Suka Menhina Orang... Choii...!!

Jadi, Jikalau Korang Salah Sorang Student Dari UNISEL Yang Sedang Membaca Gosip Ni, Silalah Tinggalkan Comment Eh..

Label


Potongan Paper Terdahulu:
SEORANG gadis remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Zee, 20, tampil membuat pengakuan kepada B*Pop mendakwa artikel atau gosip yang disiarkan menerusi akhbar ini berjudul ‘Vokalis kumpulan indie biadab, hina warga universiti’ terbitan 16 Mei lalu sebagai satu cerita benar. Malah, tanpa berselindung dan penuh yakin, dia menamakan penyanyi yang dimaksudkan itu sebagai Noh iaitu vokalis band popular ketika ini, Hujan.

Zee mendakwa, dia yang menjadi peminat kumpulan muzik itu turut menjadi mangsa kebiadapan Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 25, pada hari kejadian 29 April lalu menerusi sebuah majlis anjuran Fakulti Seni Reka dan Bentuk kursus Diploma Teknologi Fotografi di sebuah universiti tempatan. Zee yang juga pelajar tahun akhir kursus berkenaan mewakili rakannya yang lain menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sikap Noh yang dianggap keterlaluan itu.

“Selepas membaca artikel berkenaan, saya pasti penyanyi indie yang dimaksudkan itu ialah Noh Hujan! Kejadian berlaku di universiti tempat saya belajar. Noh bersikap biadap melayan kerenah pelajar yang ingin mendapatkan tanda tangannya. Namun, autograf yang kami peroleh daripada Noh hanya tertera perkataan yang ditulisnya ‘Awak Busuk’!

“Sepatutnya Noh menulis namanya atau menurunkan tanda tangan jika peminat meminta autograf, bukan tulis ‘Awak Busuk’! Mungkin ini adalah autograf terbaik daripadanya! Saya harap artis lain tidak mencontohi sikap Noh Hujan,” kata Zee penuh kesal.

Pihak fakulti menganjurkan majlis berkenaan untuk memberi anugerah kepada pelajar berdasarkan pencapaian hasil kerja kursus mereka. Selain Noh, artis atau selebriti lain yang turut dijemput ialah tokoh perfileman negara, Senator Tan Sri Dr Jins Samsudin; Datin Paduka Shuhaimi Baba; Datuk Yusof Haslam dan Datuk Siti Nurhaliza.

P/S: Zee Yang Buat Report Ni Zee Avi Kot..??

P/S/S: Tak SenoNoh Punya Noh... :)

Celebrity Malaysia, noh hujan, noh hujanbiadap,noh hujan kurang ajar,noh hujan biadap,noh hujan macho,rambut noh hujan,awek noh hujan,girlfriend noh hujan



16 comments:

Unknown May 25, 2010 at 1:23 PM  

lol..no komen..mcm nie pun ade erk?

Anonymous,  May 26, 2010 at 12:38 AM  

mcm-mcm hal dorg ni ishh

Anonymous,  May 26, 2010 at 5:50 AM  

Noh Hujan Busuk juga!

Mael Hashim May 26, 2010 at 9:58 AM  

Mungkin Noh jujur. Masa dia dekat dgn budak tu, dia terasa bau badan budak tu busuk. Jadi secara iklas Noh tegur budak tu. Sepatutnya budak tu check betul-betul samada memang dia bau busuk pada masa dia dekat dengan Noh. Sepatutnya budak tu simpan autograf yg Noh beri tu ingatan masa depan, jangan smapai awek dia nanti yang kata 'awak busuk' atau pun awek-awek lari. Tindakan budak tu dedahkan autigraf Noh menunjukkan yg budak tu nama je belajar kat Unisel tapi tindakbalasnya 'busuk'.

aReaL May 26, 2010 at 2:12 PM  

::ienafazlyna:: - Ada.. Kenapa Xpercaye ?? Hehe
** a i l y ** - Macam2 Pon Ada..
Anonymous - Pernah Bau Ke ??
mae1000 - mae,Zee Yang Buat Report tu Budak tu pempuan la.. hihihi.. Mana Ada Awek Nk Kat Dia..

atreyu strange May 26, 2010 at 4:20 PM  

mak aihh. nak melawak sket pun xleh. ape punye kaki kipas.

JUSTRIEZAL May 26, 2010 at 5:16 PM  

huhuhuhuhu...hurmmm aku mmg minat HUJAN tpi tu ar ksian gak ngan ZEE tu...

Anonymous,  May 26, 2010 at 10:04 PM  

Ni lah jadi bila indie di convert mainstream,
brhadapan dgan kaum2 mainstream sperti kalian

Anonymous,  May 26, 2010 at 11:13 PM  

tak kenl maka x cinta..jd RAINGERS dulu la der,,,:DD

Anonymous,  May 27, 2010 at 5:43 PM  

Noh hanya nk bergurau. jangan lah serious sangat. take it positively, maybe he wanted to let the girl know but he doesnt know how to do it. chill la :)

EYZATYrazak June 5, 2010 at 1:40 AM  

ek eleh.. kecoh jer... len r die kte gigi ko rongak mcm kambeng ke.. tah pape.

teDDy July 16, 2010 at 10:49 AM  

ek eleh~!!...pasal BUSUK pun nak kecoh...mungking gurawan atau sekadar mengusik2...x semestinay dia tulis situ "awak busuk" motiff nak menghinaa...kadang2 ada gak yg gurau2 kat kita kata.."busuk ar..".."eee x ni mesti x mandi pg ni"..xkan bende2 small matter cm ni nak perbesar2kan...alahai manusia~!!!...lek ar...klu xleh gurau gi masuk surau...bukan nye dia meng"hina" ngan perkataan lucah atau yg kesat2...hanya semata2 "AWAK BUSUK" pun menjadi isu ke...satu lagi...kekadang rasa pelik laks...sempat lagi si noh tu nak hidu bau badan dia ek...andai kata beribu2 fan dia...alamatnye x larat la dia nak menghidu...lagi pun ramai yg bau badan busuk2...x semstinya dia yg busuk...hadoii...len kali check betul sebelom nak menilai org...kekadang x semua manusia yg betul2 perfect melainkan allah swt...klu betul la "NOH" tu niat nak menghina dia biarkan la...kata org "bila sesorang yg lakukan perkara buruk terhadap kita...balasan yg perlu kita buat ialah berbuat baik pada insan tersebut"..byk pahala yg awak dpt....tp sy rasa "NOH" x bermaksud begitu..hanya sekadar gurawan dan usik megusik...huhu buat lawak lah korang ni...

p/s: teddy bukan nak ckp besar...tp teddy kenal la tp x lah serapat mcm BFF kumpulan hujan ni...n by the way...pemain dram hujan tu kawan abg teddy dari bangku sekolah lg...so kenal la sikit2 dorang ni...=P [[dont take it to seriously ok ;)]

Unknown August 11, 2010 at 6:51 PM  

bukan menghina?klu jadik kt korang, artis korang puja2,g mintak autograf,bila member mintak tgk, tuleh "awk busuk", reaksi member?? mesti jadik bahan,trauma sial...kaum indie kaum mainstream, pe yg nak bangga2 ngan kaum2 menatang kejadah ni, yg aku taw kaum melayu, ada adat, indie ni tade adat ke? aku minat gak hujan, tp ini mcm len macam je,bajet bagus sgt...lupe diri..

zatilezetty August 17, 2010 at 2:18 AM  

ala...noh mmg cm ****!!!
masa dia wat performance kat unisel BJ,dorang(hujan) siap wat kecoh ag..belom perform dah mabok tegok ntah arak ke todi..biler perform pe lg..kecoh ar jd nya..siap baling2..ntah aku rasa kalu nak jd artis kat malaysia ni kena tegok todi dulu kot baru maju..

singahitam December 7, 2010 at 9:50 PM  

nak jadi artis... nak jadik selebriti... tapi tak nak menyelami humaniti...

orang tu punyalah gembira dapat lihat kehadiran awak...

umpama awak kencing kat muka depa...

noh... noh... minta maaf molek2 secara peribadi je sebab terang2 itu lahir dari hati kamu

Anonymous,  December 9, 2010 at 7:11 PM  

penah skali aku nk amik pix ngan die masa big jam kat cheras dulu.berusaha dapat backstage tp die kata nk pangel security guard.uhuk3..smp aty..gurau die mmg kasar la..

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's