Jul 12, 2010

(GAMBAR) Tom My Star LG Cedera Dipukul Sekumpulan Lelaki.

Share

Akibat Perselisihan Faham, Tom Juara My Starz LG musim ketiga atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram cedera setelah dibelasah sekumpulan lelaki di Damansara Semalam, dipercayai berpunca daripada masalah peribadi.Kesihan Aku Tengok Muka Tom & Jerry Selepas Di Belasah Teruk Oleh Kumpulan Lelaki Yang Dayus Ni. Sambung Baca Di Sini

(Aku Tak Sure Yang Kaler Merah Tu Luka Atau Jerawat Masak... Hehehe..)


KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2010: Sebaik saja keluarga mangsa menjelaskan tentang situasi sebenar mangsa Zaireen Sofia Abu Bakar, 23, kepada pihak media dalam sidang media mengejut yang diadakan sejurus selepas juara MyStar LG3, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau Tom,23, tampil di dalam program Melodi, abang sulung mangsa, Azil Adzlee Ali, 30, memaklumkan bahawa adik iparnya, Mohd Firdaus Jamil, 25, dan Tom mahu bersemuka secara baik dengan membawa mangsa, Zaireen serta anaknya, Nur Kasih untuk bertemu keluarga.



Label



Disebabkan pihak media masih lagi berada di situ (di kediaman bapa saudara mangsa di Damansara Utama), pihak keluarga mangsa meminta semua wartawan turut serta untuk menjadi saksi dalam pertemuan tersebut.


Mengikut perbincangan asal, pertemuan tersebut sepatutnya dilakukan balai Polis Damansara. Namun, selepas melihat ramai kaum keluarga mangsa dan pihak media berada di situ, murai.com.my difahamkan orang tengah suami mangsa yang dikenali sebagai Hulk meminta abang dan ayah mangsa untuk berjumpa mereka di hadapan sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari balai polis tersebut.


Pada mulanya hanya abang dan ayah mangsa saja yang dibenarkan untuk melihat mangsa dan bayi mangsa tetapi akhirnya seluruh kaum kerabat mangsa dibenarkan untuk berjumpa mangsa. Itupun, selepas pihak suami mangsa tidak dapat menghalang saudara mangsa yang datang bersama wartawan di tempat pertemuan tersebut diadakan.


Suasana yang pada mulanya tegang berubah menjadi tenang selepas keluarga mangsa yang sudah lama mahu berjumpa mangsa termakbul apatah lagi bila bonda mangsa iaitu Noor Liza Shamsudin, 50, dapat mengendong sendiri cucunya yang sebelum ini hanya dapat dilihat di dalam gambar yang dihantar menerusi kiriman MMS saja sebelum ini.


Apapun, semasa babak sedih ini berlaku, Tom yang berada di situ sempat memberi komen.


"Saya yang jaga dia dalam hari. Saya tak pernah berkira dengan dia pun walau sesen," ujar Tom.


Bagaimanapun, sewaktu abang mangsa iaitu Azil rancak berbincang dengan Tom dilokasi kejadian, keadaaan yang tenang tadi bertukar menjadi tegang semula apabila kes pukul-memukul terjadi dan ia melibatkan Tom, suami mangsa, mangsa dan kaum keluarga mangsa sehinggakan mereka tercedera.


Selain keluarga, seorang wartawan Utusan Karya juga turut terlibat dalam pergaduhan tersebut apabila dia turut sama dipukul oleh sebab tindak balasnya yang cuba untuk menyebelahi Tom serta menyelamatkan juara MyStar LG3 tersebut.


Sejurus selepas pergaduhan tersebut dileraikan, polis datang membawa mangsa ke balai polis Damansara dan kedua-dua pihak kemudian membuat laporan polis berikutan kes gaduh tersebut.


Tom yang ditemui selepas itu bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap kejadian tersebut. .


"Minta maaf, saya tak boleh nak tunjuk laporan polis itu kepada semua rakan media. Saya pun tak boleh nak cakap apa-apa memandangkan kes ini sudah menjadi kes polis. Lagi pun, anda semua datang bersama keluarga mangsa. Minta maaf banyak-banyak," kata Tom.


Bagaimanapun, abang mangsa, Azil sempat memberitahu wartawan tentang apa yang dia bincangkan dengan Tom sebelum berlakunya pergaduhan tadi.


"Tadi, Tom minta supaya hentikan semua perkara ini tanpa melibatkan pihak media. Saya pun tanya dia balik, siapa yang mulakan perkara ini semua. Dia hanya cakap apa yang dah berlaku tu sudahlah," kata Azil.


Apapun, sesi pergaduhan mereka ini berjaya dirakam pihak Astro Awani. Jangan lupa saksikan video rakaman tersebut hanya di Gala TV, jam 3.30 hari ini.

Sumber:Murai

Layan Video Tom Di My Starz LG.. Takde La Best Sangat Suara Dia... Choii...!!!



P/s:Diharap Kes Ini Diselesaikan Dengan Baik.. Tak Payah La Nak Saman Menyaman..
Dalam Kes Ni, Korang Rasa Siapakah Yang Bersalah ? Mereka Atau Keluarga Mereka ??

P/s/s/s: Jangan Ingat Seseorang Yang Diam Itu Penakut, Tak Caya Try Tengok Video Ni..



tom my starz lg, tom my starz lg gaduh ,tom my starz lg di pukul, video tom my starz lg gaduh, gambar tom my starz lg bergaduh, artis wanita bergaduh



4 comments:

Anonymous,  July 12, 2010 at 1:47 PM  

ish2..buat malu jer kat tmpt public..

Jard The Great July 12, 2010 at 2:48 PM  

hurmm....... kat blog beuatifulnara lain lak kesnya..

aReaL July 12, 2010 at 5:08 PM  

aenareal - Ini Yang Dinamakan "Kemaluan Di Tempat Awam" Hehehe...

Jard The Great - Macam2 Kes Pon Ada... Tak Tau Mana Satu Yang Kita Boleh Percaya...

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's