Sep 20, 2010

Ahmad Busu Terkejut Dikatakan Meninggal Dunia

Share

Salam 1Malaysia, Setelah Permergian Beberapa Bintang Veteran Minggu Lalu, Kini Terdapat Segelintir Hamba ALLAH Yang Mereka-reka Cerita Tentang Kematian Pelakon Dan Pelawak Popular, Ahmad Busu. astagfirullah al azim.. Siapakah Gerangan Yang Menyebarkan Cerita Sebegitu..?? Dah Takde Kerja Lain Ke Nak Sebarkan..!! Kalau La Aku Berada Di Tempat Ahmad Busu Ni.. Mau Terkejut Baboon Berok Bila Kawan-kawan Dan Orang Ramai Dok Menelefon Bertanyakan Di Manakah Jenazah Aku Akan Di Kebumikan.. Tak Gitu..?? Read More...!!!



Jadi, Kepada Sesiapa Yang Rasa Dirinya Bersalah Dan Menyebarkan Berita @ SMS Palsu Bekernaan Kematian Ahmad Busu, Sila Minta Maap Cepat-cepat Okey.. Sebab Hari Raya Dah Nak Abih Dah Ni... Hehehe...

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di rumahnya di Taman Seri Andalas, Klang, Selangor.

Dia yang beransur pulih dari penyakit strok itu menepis khabar angin tentang berita kematiannya yang tersebar melalui laman web sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

"Saya masih sihat, saya sendiri terkejut apabila ramai rakan artis dan wartawan yang telefon saya bertanyakan hal tersebut.

"Berita itu juga telah menyebabkan pihak keluarga saya di kampung cemas, daripada mana berita yang mereka dapat pun saya tidak tahu?" ujarnya yang dihubungi mStar Online, Ahad.

Pelakon yang mempunyai empat orang cahaya mata itu memberitahu masih menerima rawatan susulan pada setiap bulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Alhamdulilah, kini saya masih lagi menerima rawatan di PPUM pada setiap bulan. Malah sudah 70 peratus penyakit strok yang saya alami sejak tahun lalu semakin pulih.

"Kini saya sudah boleh berjalan tanpa mengunakan tongkat," katanya yang menasihatkan agar mereka yang menyebarkan sesuatu berita tentang kematian lebih berwaspada. - mStar Online

P/s: Semasa Kes Pemergian Arwah M Rajoli Aritu Pon Terdapat Beberapa Blogger Yang Membuat Kesilapan Tentang Masa Kematian (TOD). Ada Yang Cakap Pukul 7.30pm, Ada Cakap 8.30pm.. Dan Macam2 Lagi.. Saborjele..!! Apapun, Yang Penting Buat Kita Yang Masih Hidup Ni, Banyak2 La Buat Amal Dan Sedekahkan Al Fatihah Kepada Mereka Yang Telah Tiada.. Al-Fatihah...


ahmad busu meninggal dunia ?,cerita ahmad busu, betul ke ahmad busu meninggal dunia,ahmad busu sakit,penyakit ahmad busu, gambar ahmad busu,ahmad busu terbaru,download cerita ahmad busu
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



3 comments:

Anna Boleyn September 20, 2010 at 2:22 PM  

ya allahh... sape la yang memandai2 baut citer tu. huhu

p/s:anna boleyn ada buat tutorial tau cara letak divider kat setiap post. cio. :)

No name September 20, 2010 at 3:17 PM  

sapa lar suka sgt sebar berita palsu nie, hari tue kematian M. Rajoli pun di palsukan. Ptg dah sebar dlm FB kata kematian Arwah, pada hal malam baru meninggal..

aReaL September 20, 2010 at 8:29 PM  

@Anna Boleyn:Kalau Dapat Sapa Yg Buat Citer Tu, Kita Buat Sate... Hehehe

@Lizzie Yasmin:Ade Dngar Mcam Tu Gak... Jahat Kan Diorang Tu...

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's