Sep 30, 2010

Darling Didenda RM15,000 Kerana Menggunakan Dokumen Palsu

Share

Salam Buat Semua, Kepada Yang Menonton Buletin Utama Jam 8 Malam Tadi, Mesti Korang Perasan Pasal Kes Darling Atau Nama Sebenarnya Nasreen Ngasri Yang Di Kenakan Denda Sebanyak RM15,000 Di Atas Kesalahan Menggunakan Dokumen Palsu Di Permis RHB Bank Berhad Jalan Tun Razak Pada Ogos 2007 Lalu.. Mmm... Kasihan Kan Kat Dia.. Tapi Apa Boleh Buat, Dia Sendiri Yang Mencari Pasal.. Read More...!!!

Gambar Sekadar Hiasan


Mungkin Pada Masa Itu Dia Terdesak Dan Mengambil Keputusan Untuk Memalsukan Dokumen Bagi Memudahkan Pinjaman Ah Long Atau Urusan Di Jalankan.. Tak Sangka Pula Boleh Kantoi Pula.. Bak Kata Pepatah, Sepandai-pandai Tupai Melompat, Takde Sekor Tupai Pon Yang Masuk Sukan Olimpik.. Hehehe... Di Harap, Selepas Ini Tiada Lagi Kes Sebegini.. Kat Bawah Ni Petikan Yang Aku Copy/Paste Dari Harian Metro Hari Ini...

Spoiler:

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit drama Nasreen Ngasri, lebih dikenali sebagai Darling dikenakan denda RM15,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan dokumen palsu, tiga tahun lalu.
Hakim Jagjit Singh menjatuhkan hukuman itu selepas Darling mengaku bersalah bagi pertuduhan alternatif berhubung penggunaan dokumen palsu. Jagjit dalam keputusannya berkata hukuman itu selepas mengambil kira beberapa faktor dalam hujah peguam bagi Nasreen, Amir Feisal Ariff. "Antara perkara yang diambil kira dalam menjatuhkan hukuman ini ialah tertuduh tiada rekod kesalahan lampau, tertuduh juga telah mengaku salah, kesal, insaf dan ingin meneruskan hidup baru sebagai isteri dan bakal ibu, " katanya. Nasreen, 27, didakwa menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu "Director's Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn Bhd" bertarikh 16 Ogos 2007. Pelakon itu yang kini hamil dua bulan didakwa melakukan kesalahan itu di premis RHB Bank Berhad, Tingkat 1, Tower 2, RHB Centre, 426, Jalan Tun Razak di sini. Untuk kesalahan itu Nasreen didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


Terdahulu, Amir dalam rayuannya memohon agar diberikan hukuman berbentuk bon berkelakuan baik atau denda ke atas anak guamnya memandangkan pelakon itu mempunyai rekod bersih sebelum ini. "Tertuduh merupakan seorang pelakon tempatan dan dahulunya adalah salah seorang pengarah syarikat Nasridz Pictures Sdn Bhd sejak 2003 dan akibat insiden ini tertuduh tidak mendapat sebarang kontrak lakonan dan tidak menerima sebarang pendapatan dan kini beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa," katanya. Amir memberitahu, mengikut fakta, Nasreen tidak memasukkan cek itu tetapi menggunakannya untuk membuka akaun di RHB bank bagi syarikat itu di mana tertuduh dan pengadu, Mohamad Ridzuan Mat Hussin, 34, juga salah seorang pengarah dan pemegang syer setara dalam syarikat itu. "Pembukaan akaun itu bukan untuk tertuduh sendiri tetapi untuk syarikat itu agar wang syarikat yang diterima dapat didepositkan, oleh kerana pengadu dalam kes ini telah membekukan akaun syarikat asal iaitu akaun CIMB," jelasnya. Pelakon itu membayar denda tersebut. -Bernama



P/s:Buat Pinjaman Kat Bank Susah Tak ? Aku Tak Pernah Buat Lagi Pon...



Nasreen Ngasri,gambar Nasreen Ngasri,facebook Nasreen Ngasri,suami Nasreen Ngasri,Nasreen Ngasri mengandung,Nasreen Ngasri bogel,gambar terbaru Nasreen Ngasri,biodata Nasreen Ngasri
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



2 comments:

Afra Yuri September 30, 2010 at 8:42 PM  

tak pernah buat jugak. maybe dia kena black list kot sebab tu guna dokumen palsu? hehe memandai jer teka ;p

aReaL September 30, 2010 at 10:26 PM  

@Afra Yuri - Tak Salah Meneka... Hehehe.... Sapa Lagi Nak Teka Angkat Kaki....

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's