Sep 6, 2010

Kehilangan Bekas Isteri Nash Lefthanded Masih Menjadi Misteri

Share

Salam Semua, Semalam Terdengar Berita Di TV3 Tentang Kehilangan Misteri Ahli Perniagaan, Datuk Sosilawati Lawiya Yang Merupakan Bekas Isteri Nash Lefthanded Bersama Peguam Dan Pemandu Peribadinya Di Banting.. Dia Yang Keluar Pada 30 Ogos Lalu Untuk Urusan Perniagaan Dan Hingga Hari Ini Masih Tidak Dapat Di Hubungi.. Baca Lagi Di Sini..



Jadi, Kepada Sesiapa Yang Terjumpa Dengan Mangsa, Korang Boleh La Menghubungi Balai Polis Berhampiran Anda Okey.. Aku Harap Mudah-mudahan Tiada Perkara Buruk Berlaku...InsyaAllah.. Mesti Anak-Anak Risau Ya Amat Sekarang Ni Kan... Raya Pon Tinggal Berapa Hari Je Lagi...

Ni Petikan Dari TheMelaysianInsider

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Ahli perniagaan Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu bersama tiga individu yang lain, demikian menurut polis hari ini.


Dua daripada tiga yang dipercayai hilang bersama beliau dikatakan pemandu dan peguamnya.

Beberapa blog hiburan melaporkan Sosiliwati dikatakan memaklumkan keluarganya mahu menghadiri perbincangan mengenai urusan perniagaan di Banting.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi The Malaysian Insider malam ini mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kehilangan mereka.

“Kami ada menerima laporan yang Datuk Sosilawati tidak ditemui sejak 30 Ogos, bersama beliau ada tiga orang lagi... kami sedang menyiasat sebagai orang yang hilang, itu sahaja yang saya boleh cakap buat masa sekarang,” kata beliau.

Anaknya dikatakan membuat dua laporan polis mengenai kehilangan Sosilawati, pengasas syarikat kosmetik yang beroperasi di ibu negara.

Sosilawati yang juga bekas isteri kepada penyanyi terkenal Nash dikatakan memaklumkan keluarganya akan keluar selama tiga hari.

Bagaimanapun selepas gagal dihubungi anak dan ahli keluarga yang lain mereka membuat laporan polis.

Sosilawati, 46, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, dan Nash, 50, berkahwin pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, dan bercerai talak satu di depan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.

P/s: Jom Kita Ramai Doakan Semoga Mangsa Selamat Pulang...



Datuk Sosilawati Lawiya hilang, bekas isteri nash, lefthanded, gambar Datuk Sosilawati Lawiya, Datuk Sosilawati Lawiya hilang, misteri, lagu raya
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's