Sep 15, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati - Dua Telefon Bimbit Dan Kunci Kereta Ditemui

Share

Salam 1Malaysia, Polis menemui petunjuk terbaru apabila dua daripada tiga telefon bimbit milik mangsa bunuh dan bakar yang dipercayai dibuang di Sungai Kanchung Laut, ditemui kelmarin.

Menurut sumber, telefon berkenaan diperoleh ketika operasi mencari bukti yang dilakukan selepas penemuan jam tangan berjenama milik Datuk Sosilawati Lawiya. Usaha mencari senjata digunakan bagi membunuh mangsa digiatkan pasukan forensik polis di kawasan itu dan dibantu unit gerakan Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Kanchung Laut di sini, semalam Dalam operasi bermula jam 12 tengah hari itu, forensik menemui satu lagi jam tangan turut mempunyai nombor siri menjadikan dua jam tangan ditemui sehingga semalam. Sambung Baca Lagi Di Sini



Tiga suspek juga dilihat dikawal rapi Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Kuala Lumpur yang dibawa bagi mengecam barangan ditemui.

Seorang daripada suspek dibawa ke lokasi itu selepas polis menggeledah pejabat firma guaman suspek utama kira-kira jam 2 petang.


Suspek dibawa kembali ke lokasi sungai berkenaan kira-kira jam 3.15 petang sebelum dilihat mencangkung di tepi jambatan mengecam barang ditemui.

Menurut sumber, polis sedang mencari besi tajam mencantas tandan kelapa sawit termasuk pencangkuk besi yang digunakan ketika menyembelih mangsa, namun masih belum ditemui sehingga petang semalam. Bagaimanapun, satu pisau ditemui pasukan penyelam forensik kira-kira jam 4.20 petang di sungai terbabit namun dipercayai tidak digunakan suspek apabila mereka tidak mengaku senjata berkenaan milik mereka. -HM

Kunci kereta ditemui

Sepasukan polis menemui ‘objek’ dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47 di Apartmen Angsana, USJ 1 di sini, semalam.

Polis tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 7.25 malam sebelum dua suspek terbabit membawa mereka ke kawasan semak kira-kira 50 meter dari tempat letak kenderaan apartmen itu.



Selepas 30 minit, suspek berpakaian lokap terbabit berhenti sambil diiringi polis di satu kawasan sebelum pemeriksaan lanjut menemui objek dipercayai kunci kenderaan mewah berkenaan dipercayai dibuang suspek.

Sementara itu, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.



Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

“Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit.



“Suspek yang melakukan perbuatan ini boleh dianggap kejam dan langsung tidak berhati perut kerana membiarkan mangsa menderita sebelum menemui ajal.

“Malah, mereka diperlakukan umpama haiwan hanya kerana sikap suspek yang dikatakan terlalu tamak dengan wang ringgit,” katanya. -HM

 Pembunuhan Berlaku Pada 30 Ogos 10.30 malam

Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.

Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan.



Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari.

“Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka,” katanya kepada Berita Harian.

 

Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

“Hanya Noorhisyam dibenar menghubungi isterinya, tetapi dengan kawalan dan pengawasan ketat kumpulan penjenayah terbabit menyebabkan panggilan itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.

“Sebab itu, Noorhisyam dalam perbualan dengan isterinya antara lain meminta maaf dan mengaku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku terhadapnya dan berjanji untuk menceritakan segala-galanya selepas tempoh tiga hari,” katanya kepada Berita Harian.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Suzana menerima panggilan daripada suaminya pada jam 8.15 malam, 30 Ogos lalu.

Suzana berkata, beliau hairan kerana suaminya bercakap dalam keadaan tergesa-gesa tetapi beliau tidak membuat laporan polis kerana suaminya akan pulang tiga hari lagi.

Pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga individu itu hanya terbongkar pada 10 September lalu selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa.






Sumber berkata, Sosilawati dan tiga individu itu dipercayai dibunuh kerana penjenayah itu menghadapi kesukaran untuk menjaga mangsa serta bimbang dikesan polis.

“Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat individu lain terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini serta kaitan lapan suspek yang ditahan itu dengan kes berkenaan dan kehilangan empat individu lain yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.

“Bahan bukti yang diperoleh sedang dikumpul untuk dilakukan ujian forensik. Siasatan awal pula mendapati motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

KRONOLOGI

Detik sebelum dibunuh

10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.
5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.
5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.
8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.
10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. -BH


Zink Alas Membakar Mangsa Ditemui

nam keping atap zink yang mempunyai kesan terbakar, dipercayai digunakan suspek sebagai alas ketika membakar mangsa kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, ditemui penyelam Pasukan Gerakan Marin, di Sungai Gelanggang Buaya, di Kampung Kelanang, dekat sini, petang semalam.





Penemuan atap zink itu hasil soal siasat dua suspek yang turut dibawa oleh polis ke kawasan pencarian pada jam 5.20 petang semalam.

Polis juga menemui dua jam tangan termasuk jenama mewah Rolex dan Longines serta seutas jam tangan Seiko, dipercayai milik mangsa dalam Sungai Kanchong Laut, di sini.

Jam lelaki berjenama mewah yang mempunyai nombor siri dipercayai milik seorang daripada tiga lelaki yang dibunuh, manakala Rolex dipercayai milik Sosilawati. Turut ditemui ketika operasi mencari ialah sebilah pisau dan sebatang besi, tetapi tiada kaitan dalam kes berkenaan.

Difahamkan, polis sedang mencari besi cangkuk sawit yang dikatakan digunakan untuk membunuh keempat-empat mangsa berkenaan. Penyelam dilihat menggunakan alat pengesan besi bagi mengesan senjata dan barang peribadi yang dipercayai dibuang di kawasan berkenaan. .





Ketika operasi, polis turut membawa tiga suspek bagi memudahkan pengecaman barang yang dijumpai dan mereka hanya menggeleng atau menganggukkan kepala apabila ditunjukkan barang yang ditemui.

Selain anggota polis dan petugas media, penduduk kampung dan orang awam turut berkumpul di tepi jalan berhampiran lokasi pencarian untuk melihat lebih dekat operasi, manakala anggota Trafik mengawal lalu lintas dan menghalang orang ramai daripada berkerumun lebih dekat di kawasan operasi.

Sementara itu, tiga kenderaan Pasukan Penyiasat Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat dilihat memasuki kawasan Ladang Gadong dekat sini, kira-kira jam 5.50 petang bagi membantu polis menyiasat kes bunuh dan bakar itu. 





Dalam pada itu, seorang suspek dibawa ke dalam semak berhampiran Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di Subang Jaya iaitu tempat kereta BMW milik Sosilawati ditemui, bagi mencari barang kes dipercayai kunci kereta mewah berkenaan.

Selepas hampir setengah jam berada di kawasan semak itu, polis menemui barang kes yang mungkin boleh dijadikan bukti.


Sumber:Kelab Greenboc

P/s : Manusia Zaman Sekarang Semakin Kejam..!!



kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya,update kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya,kes bunuh Sosilawati,suspek Sosilawati, kereta Sosilawati, anak perempuan Sosilawati, facebook Sosilawati, Bekas Isteri Nash, Bekas Penyanyi Rock, Berita Khalwat Sosilawati Lawiya, Datuk Sosilawati Lawiya, Gambar Datuk Sosilawati Lawiya, Gambar Seksi Sosilawati Lawiya, Gambar Sosilawati Lawiya, Isu Sosilawati Lawiya, Jutawan Kosmetik, Kekasih Nash, Kekasih Sosilawati Lawiya, Kes Khalwat Sosilawati Lawiya, Khalwat Jutawan Kosmetik, Pasangan Khalwat, Sosilawati Lawiya, Sosilawati Lawiya Bogel, Sosilawati Lawiya Khalwat, Tangkap Khalwat, Tangkapan Khalwat Sosilawati Lawiya
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



1 comments:

Catatan Asmidar September 17, 2010 at 10:48 AM  

hukuman yang layak untuk diorang ni adalah buat balik apa yang diorang buat kat mangsa2 tu...takda hati perut.

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's