Oct 30, 2010

Kemalangan Bas di KM38 Genting Sempah 7 Maut

Share

Salam Buat Semua, Lagi Kes Bas Terbalik Untuk Bulan Oktober Ini.. Rasanya Ini Kali Ke-3 Kemalangan Yang Melibatkan Bas Untuk Bulan Ini..Semalam,Niat Rombongan Remaja Dari Kampung Baru, Mukim Siong, Baling, Kedah Untuk Bercuti Bersama Rakan-Rakan Sebaya Di Genting Highland Berakhir Dengan Tragedi Apabila 7 Daripada Mereka Maut Dan 38 Orang Lagi Cedera Apabila Bas Yang Di Naiki Mereka Terbalik Ketika Turun Dari Pusat Peranginan Itu.. Read More...!!!


Rata-rata Penumpang Bas Rombongan Ini Adalah Golongan Remaja 20an Dan Lepasan Sekolah.. Mereka Adalah Golongan Yang "Telah Terpilih" Daripada Remaja Kampung Itu Untuk Menyertai Rombongan Ke Genting Highland Ini.. Namun, Apakan Daya, Malang Tidak Berbau.. Kegembiraan Yang Berakhir Dengan Kemalangan Ngeri..

Petikan Akbar Metro Hari Ini... Klik "Buka" Untuk Membaca..

Spoiler:

GOMBAK: Tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah selepas sebuah bas rombongan dari Kampung Baru, Mukim Siong, Baling, Kedah terbabas sebelum terbalik berhampiran terowong Genting Sempah, Kilometer 36, Lebuhraya Karak di sini, malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, bas yang membawa 44 orang termasuk dua pemandu dalam perjalanan turun dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur.


Ketua Polis Trafik Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan akibat kerosakan brek sebaik bas menuruni susur keluar ke lebuh raya.


Katanya, sebaik tiba berhampiran terowong itu, bas berkenaan tiba-tiba gagal dikawal lalu melanggar penghadang tengah jalan sebelum terbaring merintangi jalan.

“Tujuh mangsa yang maut akibat tersepit dan mayat mereka dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Bentong dengan ambulans. Dua pemandu bas berkenaan juga terselamat,” katanya.

Enam mangsa yang terbunuh ialah Muhammad Yussof Akhit, 16; Muhammad Khairi Muhammad Marzuki, 14; Muhammad Firdaus Rosedi, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 dan Muhamad Amirul Mohamad Isa, 13, dan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28.

Seorang lagi mangsa terbunuh dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan identitinya belum dikenal pasti.

Che Husin berkata, enam jentera bomba turut dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa tersepit.

Sementara itu, Setiausaha Umno Baling, Mohamad Sani Mahmud berkata, rombongan itu ke Genting Highlands bercuti. Mereka bertolak dari Baling malam kelmarin dan ketika kejadian dalam perjalanan pulang.

Katanya, mereka dipilih di kalangan penduduk berusia 20-an untuk bercuti.

“Kami terkejut kejadian itu dan kini menguruskan jenazah untuk dibawa ke Baling bagi dikebumikan,” katanya. - Harian Metro


Gambar Di Tempat Kejadian. Sumber Dari Blog http://ondscene.my/










Laporan Berkenaan Kemalangan Di Tv Semalam:


Al Fatihah Buat Mangsa Yang Maut Di Tempat Kejadian. Dan Di Harap Semua Mangsa Yang Cedera Parah Selamat.. Merilah Kita Mendoakan Semoga Mereka Selamat... Amin..

Video Kemalangan Bas Dalam Terowong Di Luar Negara.. Begini La Kot Keadaan Mereka Di Dalam Bas Tu Kan...


P.s:Inikah Yang Di Maksudkan "Tragedi Oktober" Dalam Lagu Awie Dulu-Dulu Tu...?

kemalangan bas di genting,kemalangan bas di gombak,kemalangan bas di selangor,kemalangan bas terbaru,kemalangan bas semalam,kemalangan bas di terowong,kemalangan bas semasa turun bukit,kemalangan bas semasa turun dari genting,kemalangan bas di genting highland,gambar kemalangan bas di genting,gambar kemalangan bas,video dan gambar kemalangan bas,detail gambar kemalangan bas,kemalangan bas persiaran,kemalangan bas rombongan
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



1 comments:

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's