Nov 3, 2010

Remaja 20an Kantoi Khalwat Dalam Produa Kancil Di Tol Lunas

Share

Sepasang kekasih berusia 20 tahun ditangkap khalwat kerana berdua-duaan dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di tempat letak kereta di tol Lunas kira-kira jam 2.30 pagi. Pasangan itu pada mulanya di tahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang membuat rondaan dan kemudiannya memaklumkan perlakuan tidak sopan pasangan itu kepada PADK.Read More...!!!



“PADK menerima aduan dari JPJ kira-kira jam 2 pagi. Ketika pemeriksaan dibuat oleh JPJ terhadap pasangan itu, mereka dikatakan sedang melakukan perbuatan tidak sopan dalam kereta. Pasangan perempuan pula didapati tidak memakai pakaian dalam. Selain itu, tingkap kereta mereka juga ditutup dengan kain supaya orang luar tidak dapat melihat apa yang sedang mereka lakukan.

"Salah seorang dari mereka merupakan penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Kulim. Selain itu mereka juga mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram".
Pasangan kekasih itu kemudiannya di bawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 setiap seorang, atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pasangan itu kemudiannya dibebaskan setelah membayar wang jamin diri RM1,000 setiap seorang.

P.s:Macam-macam Kes Remaja Sekarang Ni.. Kereta Direka Untuk Kesenangan Kita Dari Satu Tempat Ke Tempat Lain.. Bukan Tempat Mengawan Dekat Tol Okeh...!!!

P.s:Nasib Baik Kancil Warna Hijau, Kalau Kancil Warna Putih, Aku Kenal Siapakah Gerangan Remaja Itu... Hehehe....





LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



5 comments:

Qhamel November 3, 2010 at 1:30 PM  

siut ju kutuk ailyl.. hahaha

Minho November 3, 2010 at 1:44 PM  

musim mengawan kot sekarang.
hahahaha

hazman aka species1980 November 5, 2010 at 9:37 AM  

whoaaa... pukul 2 pagi tue.... sejukkkk

Anonymous,  November 8, 2010 at 5:10 PM  

jahatttttttttt ...!
ahahahah boikot arealcelebrity nowww!
ggagagaa ;-P

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's