Dec 29, 2010

pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan Proton Iswara yang dipandu abangnya

Share

Salam 1Malaysia, Buat Kali Kedua Aku Dengar Berita Yang Menyedihkan Macam Ni.. Kemalangan Yang Melibatkan Adik Beradik Yang Jarang Sekali Berlaku.. Terbaru,Mohd Syafiq Ghani, 16, Maut Apabila Motosikal Yang Di Tungganginya Telah Terbabas Dan Merempuh Kereta Abangnya Sendiri Yang Memandu Kereta Di Arah Jalan Yang Bertentangan.. Read More...!!!


Bayangkanlah Apabila Korang Terlibat Dengan Kemalangan Ngeri Dengan Sebuah Motosikal, Mangsa Yang Maut Dalam Kemalangan Ngeri Itu Adalah Kaum Keluarga Ataupun Seseorang Yang Korang Kenal.. Mesti Trauma Kan...?? Tak Dapat Aku Bayangkan Kalau Aku Berada Di Situasi MAcam Gini.. Mau Jadi Gila Kot... Berita Penuh Kat Bawah.. Sumber Dari Metro.. Klik "Buka"...

Spoiler:
TUMPAT: Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan Proton Iswara yang dipandu abangnya dalam kemalangan di Jalan Kampung Bendang Pak Yong, di sini, kelmarin.

Dalam kemalangan adik-beradik yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu, Mohd Syafiq Ghani, 16, yang menunggang motosikal Yamaha 125 maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Tumpat, manakala abangnya, Mazlan, 19, terseliuh tangan kiri.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Bendang Pak Yong ke Kota Bharu sebelum motosikal ditunggangnya bertembung kereta dipandu abangnya yang datang dari arah bertentangan.

Berikutan itu, Mohd Syafiq tercampak hampir dua meter dan parah di kepala manakala kereta abangnya terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh tiang lampu.


Ibu saudara mangsa, Rokiah Ismail, 53, berkata dia terkejut sebaik menerima panggilan telefon daripada seorang saudara mengenai kejadian itu pada jam 6 petang dan bergegas ke hospital.

Menurutnya, sebelum kejadian, Mohd Syafiq baru keluar dari rumah selepas menikmati minuman petang bersama ibunya, Zaleha Awang Kecik, 45.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik, namun dia baru menggunting rambutnya sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah.

“Selain itu, dia bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan segala urusan pembayaran yuran persekolahannya hari ini (semalam) dan kelihatan tak sabar untuk mula bersekolah kerana akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan,” katanya ketika ditemui di rumah Mohd Syafiq, semalam.

Usaha menemu bual ibu remaja itu gagal kerana wanita berkenaan masih sedih dan terkejut dengan kehilangan anak kedua daripada lima beradik itu, tambahan pula suaminya, Ghani Hassan, baru meninggal dunia, tahun lalu.

Rokiah berkata, Mohd Syafiq, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat, di sini, rapat dengan abangnya itu dan kejadian yang menimpa mangsa membuatkan abangnya masih trauma dan terkejut.

Jenazah mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Islam Mukim Bendang Pak Yong pada jam 11 malam kelmarin selepas dituntut keluarganya di Unit Forensik Hospital Tumpat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan meminta pemandu kereta yang cuba dipintas Mohd Syafiq tampil ke balai untuk membantu siasatan.


P/s:Al Fatihah Buat Mangsa.. Semoga Di Tempatkan Dengan Orang2 Beriman... Amin...

Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's