Jan 13, 2011

Pelakon Lelaki Terbakar Di Lokasi Pergambaran ? Osman Ali Beri Penjelasan

Share

Salam Buat Semua,Hahaha.... <--Asal Aku Gelak ??? Bertemu Lagi Kita Di Blog Yang Penuh Huru-Hara Ini.. Setelah Hampir 2 Minggu Bertungkus-lumus Membaik pulih Blog Ini Yang Telah Di Godam Oleh Seseorang Yang Sangat Chomel, Akhirnya... Berjaya Juga Aku Mengambil-alih Blog Yang Tak Seberapa Ini Kembali.. Alhamdullilah.. Terima Kasih Kepada Korang Semua Yang Sentiasa Memberi Semangat Dan Dorongan Kepada Aku.. Okey, Panjang Bebenor Mukadimahnye Yer... Bebalik Kepada Tajuk Asal Kali Ini.. Pelakon Lelaki Maut Terbakar Di Lokasi Pergambaran ? Biar Betik..!!! Pelakon, Rafie Hussein, 24, Dikatakan Hangus Terbakar Ketika Menjalani Pengambaran Sebuah Filem Aksi, Bara Jiwa Pada Selasa Lalu..

Rafie Hussein


Walaubagaimanapun... Pengarah Filem Bara Jiwa, Osman Ali Berkata Ianya Hanyalah Hoax Semata-mata.. Mana Ada Kematian Pon.. Hanya Kecederaan Seperti Melecur Di Anggota Badan Pelakon Lelaki Tu Jer.. Mana Ada Sampai Hangus Dan Rentung.. Memandai Je Orang Yang Buat Gosip Tu Kan... Kat Bawah Ni Sumber Asal... Klik "Buka" Kalau Korang Rajin Membaca..
Spoiler:
PETALING JAYA: Pengarah filem Osman Ali menolak khabar angin mengatakan seorang pelakonnya hangus terbakar sewaktu melakonkan satu adegan aksi menerusi filem arahannya, Bara Jiwa, Selasa.

Osman berkata, pelakon yang dimaksudkan, Rafie Hussein, 24, hanya mengalami kecederaan iaitu melecur di tangan, badan serta hidung akibat kegagalan mengagak tempoh masa untuk menyelamatkan diri ketika aksi kebakaran sebuah gerai dalam filem tersebut.

Osman Ali


"Memang salah seorang pelakon saya melecur akibat terkena tempias api tapi bukanlah sampai terbakar satu badan seperti yang dihebohkan.
"Kejadian itu memang benar-benar mengejutkan semua krew termasuklah pelakon-pelakon yang berada di lokasi tersebut. Kalau nak diikutkan, kami telah berlatih banyak kali sebelum merakam babak tersebut.
"Apa-apa pun, saya tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana ia di luar jangkaan masing-masing," katanya yang dihubungi mStar Online, Rabu.
Tambah Osman, penggambaran Bara Jiwa direhatkan sehari untuk meredakan kegusaran yang dialami oleh krew dan pelakon-pelakon lain.


Bagaimanapun, dia kesal dengan kejadian tersebut dan berharap agar perkara itu tidak akan berulang lagi.
"Babak kebakaran merupakan babak aksi pertama dalam filem ini dan mungkin perkara ini sebagai amaran untuk pihak saya dan krew untuk lebih berhati-hati pada babak aksi seterusnya di mana kami ada 20 hari lagi untuk menghabiskan penggambaran ini.
"Alhamdulillah, keadaannya stabil dan sekarang ini dia sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pihak kami akan menangguhkan babak lakonannya sehingga dia benar-benar pulih. Kami juga akan membiayai kos rawatannya kerana ia di bawah tanggungjawab pihak kami.
"Saya harap, kenyataan ini dapat menjelaskan situasi sebenar yang dialami oleh Rafie," jelas Osman.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan Rafie hangus terbakar ketika melakukan adegan kebakaran pada penggambaran filem Bara Jiwa.
Antara pelakon lain yang turut membintangi filem tersebut ialah Remy Ishak, Diana Danielle, Fizz Fairuz dan Bront Palare.
Osman akan mengadakan sidang media khas untuk menjelaskan hal sebenar kejadian yang berlaku pada Rafie pada malam Rabu (malam ini) di pejabatnya, di Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur.

P/s:Mesti Dia Fobia Nak Berlakon Aksi Ngeri Lepas Ni Kan...!!!



Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



5 comments:

hazman aka species1980 January 13, 2011 at 6:05 AM  

hurmmm..... pada aku walaupun tak rentung tapi kecederaan sebegitu tentu menyakitkan buat pelakon tue kan...

Muhd Iqbal Samsudin January 13, 2011 at 7:13 PM  

boleh la rasakan sedikit api dunia..

QERY HASAN January 14, 2011 at 2:06 AM  

kesian btol.. mujur xrentung!!!

Miss Nurul Ain,  January 14, 2011 at 3:08 AM  

Congrats dengan adanya blog baru ni....malaysia boleh untuk areal..dont give up...
nyway pasal pelakon terbakar ni : ini lah risiko setiap pekerjaan....
papepon redha jer...walaupun ciri2 keselamatan dah dititik beratkan dan latihan yang berulang kali stil jugak terjdi kemalangan...so it's fated rite..
semoga rafie hussin cepat sembuh and dont give up...

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's