Mar 24, 2011

Tahniah, M. Nasir Dapat Pangkat Dato...!!!

Share

Seniman M.Nasir dikurniakan gelaran Dato' oleh Istana Pahang hari ini. Majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Pekan, Pahang.

Penyanyi, pelakon dan pencipta lagu terkemuka itu merupakan individu yang layak untuk menerima gelaran tersebut menilai pencapaian yang telah diterimanya sepanjang bergelar anak seni.


Antara anugerah yang diterima termasuk di pelbagai anugerah di Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Festival Filem Malaysia.

Nasir merupakan pencipta ratusan lagu antaranya Mentera Semerah Padi, Fantasia Bulan Madu, Ghazal Untuk Rabiah, Nurnilam Sari dan banyak lagi. Turut terpilih sebagai Ketua Juri di Anugerah Juara Lagu 25 yang berlangsung awal tahun ini.

Nasir dianugerahkan Ahli Mangku Negara (AMN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada tahun 1996.


PEKAN - Dua selebriti, M. Nasir dan Ramli MS semalam dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Penyanyi dan pencipta lagu, M. Nasir atau nama penuhnya, Mohd. Nasir Mohamed dan konduktor muzik, Ramli MS atau nama penuhnya, Ramli Mohamed Salleh adalah antara 124 penerima darjah DIMP pada satu istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini.

Turut menerima anugerah tersebut ialah pegawai kanan polis Jabatan Petugas Khas/Counter Terrorism Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Ayob Khan Mydin Pitchay.

Seramai 148 orang menerima anugerah darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang itu..


P/s:Memang Layak Sangat La Bila M Nasir Ni Dapat Panggkat Dato, Daripada Bagi Kat Mat Bangla Tak Tentu Hala.. Paham2 Sudeh...!!!



Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's