Mar 10, 2011

'Tiada Niat Malukan Norish & Farahdhiya' - Deja Moss

Share

Salam Guys,Lagi Kes Artis Bertikam Lidah Di Twitter, Kali Ni Membabitkan Artis Wanita (Lagi) Yang Agak Popular Sekarang Ini, Iaitu Deja Moss Vs. Norish & Farahdhiya.. Dengar Cerr Citer Perkara Petama Yang Menyebabkan Perbalahan Ini Terjadi Adalah Kerana Tindakan Deja Moss Yang Sengaja Mengambil Semula Bunga Tahi Ayam Yang Diberikan Kepada Norish & Farahdhiya Dengan Niat Untuk Memalukan Mereka Berdua Di Hadapan Penonton Yang Menghadiri Pementasan Teater TKC Sabtu Lalu..

Deja Moss

Apa La Dia Orang Ni Kan.. Kalu Tak Puas Hati Tu, Jangan La Dok Show Bagi Tengok Kat Penonton,Penonton Yang Datang Tu Nak Tengok Lokonan Korang, Bukan Nak Tengok Korang Punya Keegoaan Tu... Yer Dark... Berita Punuh Kat bawah.. Copy Janda Paste Dari mStar.. Layan...

Spoiler:

PETALING JAYA: Pelakon Deja Moss menjelaskan dia tidak memberikan bunga kepada Norish Karman dan Farahdhiya pada pementasan Terima Kasih Cinta (TKC) yang dibintangi mereka pada 6 Mac lalu kerana kedua pelakon itu tidak pernah menegurnya sebelum ini.

Menurut Deja, dia memang sengaja tidak mahu memberikan bunga tersebut kepada Norish dan Farahdhiya tetapi tiada niat langsung mahu memalukan mereka di hadapan penonton.

"Ini sebenarnya hal kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Sikit pun saya tiada niat mahu malukan mereka.

"Sebenarnya sepanjang latihan TKC selama tiga bulan, mereka tidak pernah menegur saya. Nanti kalau saya beri bunga kepada mereka, tak fasal-fasal ia dipulangkan semula kepada saya.

"Jadi apa salahnya saya ambil semula bunga tersebut kerana niat saya bukan untuk memberikan bunga itu kepada mereka.

"Bagi saya, Norish dan Farahdhiya tidak perlu rasa malu jika bunga itu tidak diberikan kepada mereka, kerana mereka dah jadi seperti “diva” sejak awal lagi," jelasnya yang dihubungi mStar Online, Rabu.

Deja diminta mengulas kenyataan Farahdhiya yang menganggap Deja sebagai biadab kerana mengambil semula jambangan bunga yang diberikan kepadanya dan Norish.

Farahdhiya
Farahdhiya

Kejadian tercetus apabila pada pementasan teater TKC Sabtu lalu, Deja telah memesan sebanyak 10 jambangan bunga untuk diberikan kepada pelakon-pelakon utama teater tersebut sempena penutup pementasan berkenaan.

Bagaimanapun, Deja dikatakan cuba memalukan Farahdhiya dan Norish Karman di hadapan penonton dengan merancang untuk menyerahkan jambangan bunga tersebut kepada pelakon lain kecuali dua pelakon tersebut.

Farahdhiya memberitahu semasa di pentas, pelakon Shajiri dan Tony Yusof yang menerima bunga berkenaan telah menyerahkannya kepada dia dan Norish tanpa menyedari ia bukan untuk mereka berdua.

Tambah Deja, dia pelik, mengapa hal yang dianggap dalaman itu perlu ditulis oleh artis berkenaan dalam ruangan Twitter sebagai bacaan umum dengan menggunakan kata-kata yang agak kesat.

Norish Karman

Difahamkan, Deja dan Norish sudah lama tidak berkawan gara-gara kes kemenangan Norish dalam sebuah pertandingan di luar negara sebelum ini yang kononnya dipertikaikan oleh Deja.

"Seperti yang anda tahu, saya tak 'ngam' dengan Norish dan ketika menerima tawaran berlakon TKC, saya tahu, dia tiada kaitan dengan teater ini sehinggalah selepas dua minggu latihan dia pula muncul. Saya tak boleh halang kerana ini semua rezeki masing-masing.

"Bagaimanapun, sebagai seorang yang profesional, saya bekerja seperti biasa. Lagipun, hal yang lepas saya dah tak ambil peduli lagi.

"Begitu juga dengan Farahdhiya, saya kagum dengan bakat lakonan serta nyanyiannya. Tapi bila dia bersama Norish, dia sedikit berubah. Saya tak kisah dan tak terkejut pun kalau mereka berdua rapat kerana Norish merupakan kekasih abangnya,” katanya.


P/s:Aku ♥ Norish.. Dah Berusia Tapi Masih Cute... hahaha....






Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's