Jun 19, 2011

Datuk Yusof Haslam Dan PAKIDA Dah Berdamai...!!! Good Job Bro...!!!

Share

Tahniah Diucapkan Kepada Pihak Skop Production Sdn Bhd Dan Pihak Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida)Yang Kini Telahpun Berdamai.Situasi Agak Tegang Sebelum Ini Apabila Filem Arahan Datuk Yusof Haslam, KL Gangster Yang Menduduki Carta Tertinggi Sekarang Ini Dikatakan Telah Menyiggung Perasaan Pertubuhan Itu.


Filem KL Gangster Dikatakan Telah Menggunakan Kod-Kod Rahsia Pertubuhan Itu Dan Perkara Ini Kurang Disenangi Oleh Pihak Mereka.. Oleh Itu, Pada Jumaat Yang Lalu, Datuk Yusof Haslam Telahpun Bersemuka Dengan Wakil Pertubuhan Itu Di Majlis Kesyukuran dan Musyawarah di Restoran Haslam Bagi Memohon Maaf Dan Menjernihkan Kembali Keaadaan Yang Semakin Keruh.. Anyways, Tahniah Kepada Kedua Pihak Yang Kini Telahpun Berdamai..David Teoh Dan Shamsul Yusof Turut Hadir Pada Majlis Itu.. Peace No War...

Sumber Asal:

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam memohon maaf terhadap filem terbitanya KL Gangster yang telah menyinggung perasaaan sebuah pertubuhan Pekida.

Menurut Yusof, bagi menjernihkan keadaan dan mencari pendamaian dia dengan rendah diri memohon maaf atas kontroversi yang berlaku.

"Kalau filem KL Gangster menyinggung perasaan pihak Pekida, saya menyusun 10 jari memohon maaf bagi menjernihkan keadaan.

"Demi Allah, pihak kami tidak mempunyai niat walau sebesar kuman untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, kontroversi yang berlaku mungkin salah faham dan terlepas pandang," katanya selepas mengadakanpertemuan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) pada Majlis Kesyukuran dan Musyawarah di Restoran Haslam, di sini, Jumaat.

Majlis terserbut turut dihadiri Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Datuk Roslan Dahaman dan penerbit filem, David Teoh.

Majlis musyawarah itu diadakan bagi menjernihkan isu filem KL Gangsterdan Kongsi telah menggunakan gelaran yang sinonim dengan Pekida seperti Ayahanda, Abang Long dan Abang Kawasan.

Tambah Yusof, pihaknya akan lebih berhati-hati dalam menerbitkan filem akan datang terutamanya sekuel KL Gangster tidak lama lagi dan akan memastikan isu sama tidak timbul.

“Saya akan membuat pemantauan lebih teliti terhadap filem arahan anak saya (Shamsul ) selepas ini dan lebih penting kami akan menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat,” katanya. - Harian Metro




Shamsul Yusof facebook,biodata Shamsul Yusof,gambar Shamsul Yusof,Shamsul Yusof seksi,Shamsul Yusof bogel,kahwin Shamsul Yusof
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's