Aug 21, 2011

Iklan Seksi Depan Masjid, Pengurusan Nurul Minta Maaf

Share

Salam Guys, Setelah Menerimah Bantahan Daripada Beberapa Pihak, Akhirnya Pengurus Nurul Hari Ini Meminta Maaf Kepada Semua Pihak Dek Kerana Iklan Glow & Glamour Yang Agak Seksi Berlatarbelakangkan Masjid Telah Membuatkan Sesetengah Pihak Marah.. Tu La... Nah Buat Promosi Pun, Agak-Agak La.. Jangan Nak Main Belasah Jer... Kan Da Kena... Huhu...


Seksi Kan ??

Iklan Ini Juga Telah Ditukarkan Dengan Background Yang Baru.. Berlatarbelakangkan Wanita Berperut Buncit... Mmm... Yang Nie Okey Sikit Kot... Hehe..


Sumber Asal:

PETALING JAYA: Pihak pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung isu penyiaran iklan promosi hari Raya pusat pengurusan badan, Glow-Glamour yang memapar penyanyi itu berpakaian terdedah.

Menurut pengurusnya, Badrul Hashim, Nurul yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui mengenai iklan tersebut termasuklah gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.

"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.

"Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.


Tambah Badrul, dia telah pun berjumpa dengan pihak Glow Glamour untuk bertanyakan isu tersebut dan pusat pengurusan badan itu meminta maaf atas kesilapan memilih gambar yang tidak sesuai untuk iklan promosi raya.

"Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.

"Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook," jelasnya.

Ditanya apakah reaksi Nurul apabila isu iklan tersebut dibangkitkan, penyanyi itu yakin dia tidak bersalah dengan hal itu cuma risau reputasinya tercalar.

Nurul kini berada di Sandakan, Sabah, bagi menghadiri sebuah sidang perniagaan. - mStar





facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin



Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's