Aug 13, 2011

Lelaki Bertopeng Yang Menyamun,Merogol Dan Menyimbah Asid Kepada Seorang Janda Ketika Hendak Berbuka Puasa 2 Hari Lalu Adalah BEKAS SUAMINYA SENDIRI...!!!!

Share

Salam Semua, Korang Ade Baca Tak Semalam Di Harian Metro Semalam? Kisah Seorang Lelaki Bertopeng Menyamun,Merogol Dan Menyimbah Sejenis Cecair Asid Kepada Seorang Wanita Yang Sedang Menunggu Waktu Berbuka Puasa Di Rumahnya Di Wangsa Maju, 2 Hari Lepas.. Rupanya, Mangkuk Hayun Ini Adalah Bekas Suami Kepada Mangsa Ini Sendiri... Ceh...!!! Kurang Ajaq Sungguh Jantan Ini.. Aku Ingatkan Orang Gila Sex Mana.. Rupanya Bekas Suami Yang Buat Taik..



Pasangan Ini Telah Berpisah Setahun Yang Lalu.. Jantan Bangang Ini Ditahan Oleh Pihak Polis Ketika Dia Datang Untuk Melawat Bekas Isterinya Di Hospital Beberapa Jam Selepas Kejadian Itu Berlaku Dan Mengaku Bahawa Dialah Lelaki Yang Bertopengkan Manusia Itu... Mmm... Tu La..Masa Bersama Haritu Hang Tak Hargai Si Isteri.. Bila Dah Berpisah, Buat Macam Nie Pulak.. Memang Bengong La Hang Nie...

Sumber Asal:

KUALA LUMPUR: Lelaki bertopeng yang merogol, menyamun dan menyimbah sejenis cecair ke atas seorang wanita ketika hendak berbuka puasa di Seksyen 2, Wangsa Maju di sini, dua hari lalu, disyaki bekas suami mangsa sendiri.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang dihubungi semalam berkata, bekas suami mangsa ditahan ketika menziarahi bekas isterinya itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) beberapa jam selepas kejadian.

Katanya, hasil soal siasat, lelaki itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan dipercayai bermotifkan dendam akibat masalah rumah tangga mereka. Pasangan itu bercerai setahun lalu.

“Wanita berusia 32 tahun itu tinggal bersendirian dan ibu tunggal kepada tiga orang anak berusia tiga hingga 11 tahun yang berada dalam jagaan bekas suaminya.

“Siasatan lanjut ke atas cecair yang digunakan untuk menyimbah muka mangsa didapati sejenis bahan peluntur,” katanya.

Katanya, polis turut menjumpai rantai leher milik mangsa yang dicuri lelaki terbabit ketika dia ditahan.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang wanita yang baru pulang ke rumahnya selepas membeli juadah berbuka di bazar Ramadan di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, dirogol, disamun dan disimbah sejenis cecair oleh seorang lelaki bertopeng.

Difahamkan, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki sudah menceroboh masuk dan bersembunyi.

Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya. Selepas ditinggalkan dalam keadaan kesakitan mangsa menjerit meminta pertolongan dan jeritannya didengari jiran yang kemudian membawanya ke HKL. - Harian Metro





facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin



Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's