Jun 8, 2010

Nabil Jawab Isu Minum Arak Bersama Johan Raja Lawak

Share

Seorang pelawak terkenal yang pernah memenangi anugerah dalam satu majlis penganugerahan selalu mengunjungi pub untuk meminum arak. Artis ni jugak pernah diundang pelbagai musibah namun tak pernah serik. Begitu juga seorang sahabat beliau jugak seorang pelawak pernah terlibat dalam pergaduhan baru-baru ni juga sering meminum arak bersama-sama beliau..

Petikan Di Atas Di Ambil Dari Akbar Metro Ahad Yang Lalu, First Time Bila Korang Baca Keratan Akbar Ni,Korang Rasa Siapakah Gerangan Pelawak Terkenal Yang Di Maksudkan Ni ? Sambung Baca Lagi Kat Sini


Mesti Nabil Raja Lawak Kan ? Aku Pon Sama Gak.. Time Baca Je Terus Terlintas Muka Nabil Di Buah Fikiran Ku Ini.. Tapi Betul Ke Nabil Ni Seorang Yang Kaki Botol ? Dalam Metro Ahad Tu Takde La Cakap Yang Si Nabil Ni Kaki Botol, Tapi Dari Klue Yang Di Berikan, Aku 100% Rasa Yang Metro Ahad Ni Maksudkan Nabil.

Try Korang Baca Petikan Metro Ahad Ni Sepenuhnya,

Pelawak kaki mabuk
PELAKON baru yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti (Raja Lawak?) ini memang tidak pernah senyap daripada kontroversi. Sekarang namanya memang sudah gah sebagai pelawak dan pelakon terkenal, malah pernah dinobatkan sebagai antara paling popular dalam sebuah majlis penganugerahan. (ABPBH?)

Khabarnya pelakon yang hangat bercinta (Irma Hasmie?) ini adalah kaki botol yang memang ada portnya untuk mabuk. CAK takdelah terkejut sangat mendengarnya sebab sebelum ini pun pernah juga CAK dengar cerita sama. Namun CAK ingatkan dia dah berubah selepas ditimpa pelbagai musibah kebelakangan ini.(eksiden motor?) Rupa-rupanya makin ligat lagi dia menogok air kencing setan itu.

Bila jumpa wartawan, pijak semut pun tak mati. Balik-balik cerita pasal perancangannya nak kahwin, nak kumpul duit, mahu tolong keluarga tapi sebenarnya dialah pelakon hebat yang berlakon 24 jam.

Lebih menarik teman CAK ada memberitahu yang tempat lepak untuknya mabuk itu turut disertai seorang lagi artis yang tidak popular mana tapi lebih kencang sebagai selebriti bermasalah saja. Kawannya ini pun memang CAK tak berkenan dari dulu lagi sebab perangainya memang tak pernah berubah walau berkali-kali kena tegur.

Terbaru, dia terbabit pula dengan satu pergaduhan.(Johan Raja Lawak?) CAK langsung tak terkejut,sebaliknya CAK rasa memang artis ini yang bermasalah hingga hilang sabar orang lain kepadanya.

Mereka memang gemar menghabiskan masa di kelab itu untuk melapangkan fikiran agaknya. Minum arak sudah macam minum air mineral ibaratnya.

Namun nak buat macam mana, bukannya dua pelawak ini budak kecil lagi. Kalau CAK tegur pun bukannya dia kisah tapi kalau ikutkan hati,nak saja CAK rakam aksi dia mabuk dan jadikan berita muka depan akhbar.Kita tengok macam mana kelam kabutnya dia nak menjawab dengan keluarga.

Tulisan Yang Colour Merah Tu Adalah Jawapan Daripada Klue Yang Di Beri... Betul Tak Yang Metro Maksudkan Ialah Nabil ?

Namun, Selepas Petikan Ini Di Baca Oleh Tuan Punya Badan *Nabil*, Dia Sekeras-kerasnya Menafikan Bahawa Dia Bukan Seorang Yang Kaki Bangku Botol. Kita Dengar Pula Apa Kata Nabil

Nabil :Saya bukan kaki mabuk atau Arak

"Bunyinya macam saya, betul tak? Semua orang pun kata itu saya. Gambaran yang diberi adalah apa yang berlaku pada diri saya. Benda tu menjejaskan reputasi saya, kerjaya saya.

"Saya bukan kaki mabuk atau kaki botol. Apa yang ditulis itu tidak betul dan tidak benar. Itu bukan saya," tegas Nabil, juara Raja Lawak musim kedua ,bila ditanya tentang artikel 'Pelawak kaki mabuk' di ruanganMetro Ahad hari ini.

Meskipun identiti pelawak yang dimaksudkan itu tidak didedahkan, namun bila diamati penulisannya, sukar bagi sesiapa untuk menafikan yang sedang diperkatakan itu adalah Nabil.

"Bila saya baca, dari awal penulisannya, 'it's me'," kata Nabil. "Inilah caranya untuk orang menjatuhkan saya sebab orang tak suka bila kita nampak bagus. Tanpa bukti, mereka tak boleh tulis macam tu. Saya 100% menafikannya.

"Mengapa tulis benda-benda macam tu? Ia menyusahkan hati keluarga saya. Jika ada bukti, saya akan mengaku saya buat. Tapi saya tak buat, 'seriously'.

"Jika benar, jika ada bukti, mengapa tak tulis nama terus dan letakkan gambar dari menulis cerita macam tu? Letakkan nama supaya orang tak perlu terfikir-fikir. Bila dah tulis macam ni, cerita tentang latarbelakang saya, orang akan anggap itu saya walaupun takde nama.

"Di akhir artikel itu, dia kata nak saja rakam aksi mabuk saya dan jadikan berita muka depan akhbar. Mengapa masa tu tak rakam terus jika benda tu betul. Mengapa nak tunggu? Jika mereka inginkan cerita sebenar, mengapa tak hubungi saya terus?"

Takde 'port' kat mana-mana kelab

Ketika temubualnya, Nabil juga mempertikaikan beberapa poin dalam artikel tersebut. Salah satu daripadanya, siapa rakan artis yang dimaksudkan yang mabuk bersamanya.

"Dia kata kawan artis saya ni, baru-baru ini terbabit dengan satu pergaduhan. Yang saya dan semua tahu, Johan yang baru bergaduh. Tapi, walaupun kami kawan, kami tak pernah lepak sama. Tanyalah Johan sendiri. Kami tak pernah lepak pun, inikan kat kelab. Nak kata minum teh tarik pun tak pernah, inikan pula arak."

Selain itu, turut diungkitkan kononnya dia mempunyai 'port' untuk mabuk. "Jika benarlah saya ada 'port', mengapa tak ambil saja gambar saya kat situ? Artis pun tak *****, nak jadikan satu tempat itu 'port'-nya. Saya takde 'port' kat mana-mana kelab. Saya duduk rumah, pergi makan kat The Curve."

Bila dicadangkan ada yang berpendapat cerita kononnya Nabil kaki minum dan kaki perempuan adalah ekoran daripada 'culture shock' yang dialaminya selepas bergelar artis, ujarnya, "Dengan kerja saya ni, saya mesti lebih berhati-hati nak menjaga nama saya.

"Saya tak boleh nak buat benda-benda macam tu. Kalaulah saya nak buat, baik dari dulu lagi saya dah buat sebelum saya jadi terkenal. Saya bukan orang seperti itu. Kalau saya kaki botol, dari dulu lagi dah saya kaki botol. Tapi saya tak pernah buat macam tu."

P/S:Tahun Ni Aje Dah Berapa Gosip Tentang Nabil, Hai... Sabor Je La Nabil Oi... Elok Perkara Sebegini Di Bawa Ke Mahkamah.. Baru Kita Tau Siapa Betul, Siapa Salah.. Korang Percaya Ke Yang Nabil Ni Kaki Botol..?


nabil raja lawak,nabil raja lawak minum arak,nabil raja lawak mabuk,nabil raja lawak bersosial,nabil raja lawak dan johan raja lawak,nabil raja lawak isu arak,gambar nabil raja lawak minum arak



1 comments:

Nina Nurziana June 8, 2010 at 11:24 PM  

nanged / followed / clicked sony ;)

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's