Dec 18, 2010

Remaja Hamil 6 Bulan Di Tikam 16 Kali, Di Simbah Asid

Share

Salam Buat Semua,Hanya Kerana Cemburu, Seorang Lelaki Berusia 44 Tahun Sanggup Menikam Dengan Pisau Sebanyak 16 Kali Dan Menyimbah Asid Kepada Seorang Remaja Wanita 17 Tahun Yang Sedang Sarat Mengandung Hingga Menyebabkan Bayi Di Dalam Kandungan Remaja Tersebut Meninggal Dunia..


Astaghfirullahalazim...!!! Apa Nak Jadi Dengan Lelaki Gila Ni Kan... Sanggup Melakukan Perkara Yang Begitu Kejam Hanya Disebabkan Oleh Perasaan Cemburu.. Takde Otak Ke.. Tak Puas Dengan Menikam Perut Mangsa, Dia Simbah Mansa Dengan Asid Pula.. Kompom Suspek Ni Ada Masaalah Mental Nih.. Berita Penuh Kat Bawah Ni Ha.. Aku Copy/Paste Dari Harian Metro Hari Ni..

Spoiler:

KOTA TINGGI: Seorang remaja berusia 17 tahun yang hamil kini bertarung dengan maut di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat ditikam 19 kali serta disimbah asid oleh seorang lelaki dikenalinya di rumahnya di Kampung Baru Sungai Redan, Ulu Tiram, di sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi ketika mangsa, Nur Ain Ashikin Jemedi berada di rumah bersama adik perempuannya, Nurrehan Jemadi, 13, serta anak saudara apabila pintu rumah ditendang penyerang lalu berlaku pertengkaran sebelum mangsa ditikam bertubi-tubi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata sebahagian besar tikaman mengenai perut mangsa dan pihak hospital mengesahkan kandungan mangsa berusia enam bulan sudah meninggal dunia, namun mangsa masih terselamat.

Menurutnya, selepas menikam mangsa, lelaki yang melakukan serangan itu keluar dan mengambil asid dipercayai ditinggalkan di belakang pokok berhampiran sebelum dia memasuki rumah mangsa dan mengisi cecair itu ke dalam gayung.


“Dia masuk semula ke dalam rumah lalu menyimbah asid mengenai kepala serta badan mangsa. Mangsa menyelamatkan diri dengan berlari ke bilik air, tetapi lelaki itu mengekorinya dan menikam mangsa di kaki serta tangan.


“Lelaki itu meninggalkan rumah mangsa dan menyerah diri di Balai Polis Ulu Tiram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, semalam.

Menurut Muhammad, suspek yang berumur 44 tahun ditahan untuk siasatan dan pihaknya sudah menemui pisau yang dipercayai digunakan menikam mangsa.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati motif serangan itu ialah cemburu dan polis sudah mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan.

“Dua jam sebelum kejadian, suspek datang ke rumah mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum lelaki terbabit pulang ke rumahnya yang terletak berdekatan. Tidak lama kemudian, suspek kembali ke rumah mangsa lalu menyerang wanita berkenaan,” katanya.


Beliau berkata, mangsa yang dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, kini kritikal kerana hampir 70 peratus badannya melecur selain kecederaan akibat tikaman.


“Suspek yang bekerja sendiri dan berasal dari Kampung Air Puteh, Nam Heng, kini direman hingga 23 Disember ini. Polis masih meneruskan siasatan berkaitan kematian janin mangsa berikutan tiada kesan tikaman mengenainya,” katanya.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan 326 Kanun Keseksaan.


P.s:Cintanya Di Tolak Kot...

LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



7 comments:

putera December 18, 2010 at 10:24 AM  

APA CITA NI TD KAT BERITA TV3 JAM 7.30 X SEBUT PUN BUDAK NI HAMIL... HAK MANA SATU BETOI NI...

Jue Nara December 18, 2010 at 12:56 PM  

manusia zaman sekarang ni mcm dh hilang sifat kemanusiaan...

Syima Emi December 18, 2010 at 1:12 PM  

mcm2 hal berlaku sekrg kan..pelik dan tak tercapai dek akal.. baca berita ni dlm utusan pg ni tp x de plak ckp budak tu preggy...

safiyyah osman December 18, 2010 at 3:50 PM  

nih mesti pengaruh dadah sekali nih....gila!!!...lelaki bila dah tak rasional mcmnih la...otak letak dekat tapak kaki....

Anonymous,  December 20, 2010 at 10:39 AM  

Emm kalau dah pregnant 6 bln habis anak sapa? Anak lelaki yg menikam nya itu? Kalaulah btl, ni mesti bkn kes jeles. Aku rasa lelaki tu nak cover perbuatan dia kot. Dia nak hapus bukti ler tu..

WildFire December 20, 2010 at 4:52 PM  

'jiran' ke pakwe dia? musykil betul lah.. pahtu mengandung masa umur 17 tahun? tak kawin kan? anak sape agak2nya..

shafa July 1, 2011 at 7:08 PM  

TAPI 2 R BIAR KITE MEMBACA NYE SAHAJA.JGN KITE YG MEMPERTIKAIKN DIE.CUME KITE DOA UNTK ADIK KITE NI SELAMAT SEKARANG.JGN R KITE PK HAL ORG LEN..NANTI TERKENA KITE LAK.HANYA DIE DN ALLAH JE YG TAHU..
: )

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's