Feb 16, 2011

Ibu Racun Dua Anak Dengan Menggunakan Susu...!!!

Share

Salam Semua, Korang Ada Baca Tak Harian Metro Harini..? Kes Pasai Seorang Ibu Yang Mempunyai Masaalah Mental, Sanggup Merecun Meracun 2 Anak Kandungnya Sendiri Dengan Memaksa Mereka Minum Susu Yang Telah Dicampurkan Dengan Racun.. Apa Bleh Buat, Dah Nama Pon "Sakit Mental", Dia Bukan Tau Apa Yang Dia Buat Tu... Nak Salahkan Dia Pon tak Leh Gak... Tapi, Just Kesiahan Kat Anak2 Dia Tu La.. Baru Je Nak Merasa Hidup Kat Dunia Ni..

Keadaan Si Ibu Yang Kritikal Di Hospital


Selesai Jer Meracun Kedua Anak-Anaknya, Si Ibu Cuba Membunuhdiri Dengan Menggunakan Racun Yang Sama, Namun gagal Kerana Suaminya Sempat Membawanya Ke Hospital.. Aii... Apala Nasib... Korang Perasan Tak, Dua Tiga Musim Ni Asik Dengar Kes Bunuh Yang Melibatkan Ahli Keluarga Sendiri Jer.. Kenapa Ek...?? Berita Penuh Kat Bawah... Klik Buka...

Spoiler:

KAJANG: Tragis apabila dua beradik maut selepas dipaksa minum susu dicampur racun oleh ibu kandung di rumah mereka di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mayat dua beradik terbabit, Rashmeka, 4, dan Neeharika Laxmi Sivarajah, 12 bulan, ditemui bergelimpangan dengan mulut berbuih dalam sebuah bilik.

Difahamkan, selepas meracun kedua-dua anaknya, wanita berusia 30 tahun terbabit meminum racun dan kini dilaporkan kritikal di Hospital Serdang. Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata ketika kejadian, ibu bapa mentua wanita terbabit berada di rumah berkenaan.


“Kejadian itu disedari ibu mentua mangsa yang hairan apabila menantunya tidak membuka pintu bilik walaupun diketuk berkali-kali. Bimbang keadaan itu, mentuanya menghubungi suami wanita terbabit,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, sebaik suami wanita itu tiba rumah, dia menyuruh isterinya yang pernah mengalami masalah mental membuka pintu, tetapi tidak berjawab. “Dengan menggunakan kunci pendua, suami wanita itu membuka pintu bilik berkenaan sebelum terkejut apabila melihat isteri dan dua anaknya bergelimpangan dengan mulut berbuih,” katanya.

Azman berkata, suami wanita berusia 33 tahun itu membawa semua mereka ke hospital sebelum pakar mengesahkan kedua-dua anaknya sudah meninggal dunia. “Bagaimanapun, isterinya masih kritikal di Hospital Serdang. Hasil siasatan, polis mendapati ibu kanak-kanak itu pernah menerima rawatan psikiatri dan pernah cuba membunuh diri pada 2006,” katanya.

“Polis masih menyiasat kes berkenaan secara terperinci dan mengenal pasti motif wanita terbabit membunuh kedua-dua anaknya, namun saya tidak menolak kemungkinan dia mempunyai masalah mental,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suami mangsa yang juga seorang tukang gunting bagaimanapun enggan ditemubual kerana masih bersedih ketika wartawan Harian Metro berkunjung ke rumahnya, semalam.

Bagaimanapun, seorang ahli keluarga lelaki itu mengesahkan wanita terbabit mempunyai sejarah mental sejak kecil dan bergantung kepada ubat.

“Ini perkahwinan kedua wanita itu, sebelum ini dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan suami pertamanya dan kami kesal kenapa dia sanggup membunuh kedua-dua anaknya kerana mereka masih kecil,” katanya.

Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali mendakwa wanita terbabit tidak mengalami sebarang masalah, malah dia tidak pernah mendengar sebarang pertengkaran antara mereka suami isteri.

“Kami terkejut apabila dimaklumkan seorang jiran lain wanita terbabit membunuh anaknya dengan memasukkan racun dalam botol susu mereka,” katanya. - hMetro Online

P/s: Video Ni Takde Kena Mengena Pown, Tapi Aku Nak Letak Gak, Aku Pedulik Haper... Hahaha... Sebagai Renungan, Pastikan Anak2 Kita Sentiasa Berada Dalam Keadaan Yang Selamat...




Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's