Aug 13, 2011

Review Filem - Karipap-Karipap Cinta

Share

Salam Ramadan Guys, Pekabo Korang Semua ?? Harap Sihat Sokmo.. Okeylah, Dipendekan Cerita, Pada Rabu Lalu *10 August 2011* Aku Dan Beberapa Blogger Telah Dijemput Oleh Cik Helena untuk Ke Majlis Berbuka Puasa Dan Pratonton Filem Terbaru Arahan Othman Hafsham, Seorang Pengarah 70an Yang kini Kembali Memberikan Sentuhan Terbarunya Didalam Filem Berjudul "Karipap-Karipap Cinta" Di e@Curve, Damansara

2 Tiket Dan 2 Keping CD Yang Aku Dapat Time Tu...

"Karipap-Karipap Cinta" Merupakan Sebuah Filem Bergenre Romantik Komedi Mengisahkan Seorang Lelaki Yang Bernama Ali Baba Bujang Lapuk, Lakonan Gambit Saifullah Yang Telah Jatuh Cinta Dengan Seorang Awek Bekas Graduan Al-Azhar, Sarah, Lakonan Pelakon Baru Iaitu Mellia Aimellia.Tiap-Tiap Hari Si Ali Nie Dok Usha Si Sarah Nie Semasa Sarah Dan Kawan-Kawanya Turun Untuk Menapau *Membungkus* Makanan Di Kedai Makan Berhampiran Tempatnya Bekerja..

Poster Karipap-Karipap Cinta
Nak Dijadikan Cerita, Pada Suatu Hari, Sedang Si Ali Nie Dok Mengusha Sarah Di Tempat Biasa, Tiba-Tiba (Ayat "Tiba-Tiba" Macam Tak Bleh Blah Jer....!!!!) Datang Seorang Mat Pet Meragut Bag Tangan Kepunyaan Sarah Dan Melarikan Diri.Jadi, Inilah Masanya Untuk Ali Menjadi "Hero" Dan Mengambil Hati Sarah Dan Pada Saat Itulah Mereka Mula Mengawan Berkawan. 

Barisan Pelakon Dan Kru "Karipap-Karipap Cinta"
Namun,Disebabkan Salah Faham, Ali Terpaksa Menipu Untuk Mengambil Hati Ibubapa Sarah  Dek Kerana Dia Merasakan Kedudukanya Tergugat Dengan Kehadiran Seorang Ustaz Yang Berjaya Menarik Perhatian Ibubapa Si Sarah.. Penipuan Demi Penipuan Perpaksa Dilakukan Oleh Ali Demi Menutup setiap Penipuan Yang Telah Dia Lakukan... Mmmm... Berapa Banyak Penipuan Daaa...

Mellia Aimellia & Eman Manan
Bagaimanakah Kesudahan Cerita Ini? Dapatkah Ali Memikat Sarah ? Apakah Penipuan Yang Dilakukan Oleh Ali ?? Korang Tunggu Dan Tonton Sendiri Filem Ini Di Pawagam Berhampiran Pada Hari Raya Pertama Nanti.. Memang Best Filem Ini.. Sesuai Ditonton Dengan Seisi Keluarga, Dengan Awek Mahupun Dengan Skandal Korang.. Lawak Habis Beb.. Aku Bagi 7/10 Star Untuk Filem Ini... Cuma Satu Jer Yang Aku Tak Berkenan............

Gambit  Saifullah
Cara Pemakaian  Si Sarah Yang Merupakan Bekas Graduan Al-Azhar Dan Layak Menjadi Seorang Ustazah Agak "Seksi" Bagi Aku Dan Tudung Yang Dipakainya Tak Nampak Macam Tudung Pown.. Ape Kes...?? Aku Bayangkan Kalau Graduan Al-Azhar Nie Mesti Bertudung Litup Ala-Ala Ninja Gituw.. Hehehe.. Dan, Ada 2-3 Part Dalam Filem Ini Macam "Tergantung" Dan Menjadi Tanda Tanya [?] .. Mmm... Yang Lain Okey Jer... Itu Jer La Yang Aku Mushkill Tu.. Apapon Filem Ini Memang Terbaik...

Pelakon Baru Yang Chomel Bangat...!!! Saper Tah Name Dia.. Katenye Anak Artis.. Tak Hengat Akuh...!!
Aku Tabik Spring Kat Pengarah Filem Ini, Abang Othman Hafsham (Abang Ke?) Yang Berjaya Menghidupkan Filem Yang Di Adaptasi Dari SebuahNovel Hasil Penulisan Nazri Md.Anuar.. Walaupun Hampir 20 Tahun Tidak Mengarah Filem, Dia Masih Lagi Mempu Menghasilkan Filem Berkualiti Seperti Ini.. Rasanya, Usianya Dah Pun Mencecah 73 Tahun.. Cayalah Tok...

Ana Raffali Dan Gitarnya Memang Tidak Dapat Dipisahkan
Ana Raffali Pon Turut Hadir Dan Membuat Persembahan Secara Live... Awesome....!!! Dia Takde Berlakon Dalam Filem Nie.. Cuma Lagunya Menjadi OST Dalam Filem Nie.. Tajuk Ape Tah.. Tapi Macam Best Jer...

Othman Hafsham.. Kelakar Dan Peramah Orangnye...!!!
Setuju Bangat Dengan Kata-Kata Othman Hafsham, Kuasa Blogger Amat Kuat Sekarang Nih...  Dan Dapat Mengalahkan Kuasa TV Dan Radio Tak Lama Lagi... Hehehe... <-- Asal Aku Gelak Wei....???


Blogger Terkayo Untuk Bulan July,CikEpal... RM5k Tu...
Antara Blogger Yang Hadir Pada Majlis Itu.. Cik Epal Dan Shaheizy Sam, Peramah Giler Mereka Nie.. Tak Sangka Cik Epal Tau Blog Aku Yang Hina Ini.. Aku Dia Tak Kenal Pown... Sob Sob..Yang Berbaju Belang Dan Sibuk Dok Amik Gambar Tu Ialah Anne.. Pernah Jumpa Di Time Gi Event Nuffnang Gplus... MMm... Kot!!!

Blogger, Nisa Kay Dan Eman Manan
Nisa Kay, Pown Blogger Gak... Tak Pernah Kenal Dan Masuk Pown Blog Dia Sebelum Nie, Sekarang Nie Baru Lah Kenal.. Nak Tegur Time Berbuka Haritu.. Tapi Segan La... Aku Kan Seorang Yang Pemalu... Hehehe.. Next Time Maybe Boleh Sembang Dengan Korang Ek... Photogedik Orangnya Photogenic Orangnya..

Mellia Aimellia Dengan Peminat Dari Italy.. Tah Sape Tah Mamat Nie...
Mellia Aimellia Kelihatan Lebih Tembam Sekarang Nie... Masa Berlakon dalam Filem Nie Dia Still Slim Lagi...

Aksi Ana Raffali Dengan Ana Punyabini...!!

Shaheizy Sam & Shaheizy Bam... Gemuknye Aku Woiii....!!!

Next Top Blogger With Top Blogger..

Hahaha... Dapat Juga Aku Bergambar Ngan SiChomel Ni.. Jangan Jeles Ek  Hazman,Kitaorang Tengah Berpengangan Tangan Time Nie... Huhuhu...

Eman Manan Yang Mesra Rakyat..

Siyesss... Sedap Giler Kurma Nie..!!! Soft Jer... Yum-Yum...

Karipap Berbentuk "Love" Turut Dihidangkan Buat Kitaorang Semua... Chomel Kot...!!!
Akhir Kata.. Lepas Korang Dah Habis Beraya Dengan Family,Sanak Saudara,Jiran Tetangga Dan Yang Sama waktu Denganya.. Korang Boleh La Membawa Family Korang Membuat Serbuan Dipawagam.. Sekian Sahaja Laporan Ringkas *Ringkas Ke?* Dari Saya Buat Kali Ini.. Hingga Bertemu Lagi Di Masa Yang Akan Datang... Okey Baii...


Eh Jap.....!!!! Kat Bawah Nie Ada Triler Daripada Filem Karipap-Karipap Cinta.. Layanzzz....

Karipap-Karipap Cinta




facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin



Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's