Dec 12, 2011

Tahniah , Chef Riz Dan Ana Dahlia Kini Sah Bergelar Suami Isteri.

Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia, 28 sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.

Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1001.


Read more...

Dec 9, 2011

Pelakon Dan Penyanyi Terkenal, ND Lala Di Samun

Malang Tak Berbau Bachin, Itulah Nasib Yang Menimpa Pelakon Dan Penyanyi Terkenal, ND Lala Apabila Di Telah Di Samun Oleh 10 Orang Mat Rempit Yang Tidak Berapa Siuman Awal Pagi Semalam.. Dah Takde Keje Lain Hape?? Kalau 10 Orang Tu Dah Cukup Untuk Membuat Kerja Lain Selain Daripada Menyamun.. Gi La Jual Besi Buruk Ke, Keja Jaga Sekolah Ke.. Ini Dak, Menyamun Juga Yang Di Pilih... Demm.. Takde Kesedaran Sivik Langsung...


Read more...

Dec 7, 2011

Gambar Uwais Alqarni, Cahaya Mata Pertama Siti Sarah Dan Shuib Sepahtu

Tahniah Diucapkan Kepada Pasangan Chomel Lote, Siti Sarah Dan Shuib Sepah (Sepahtu) Yang Kini Telahpun Bergelar Daddy Dan Mommy Dengan Kehadiran Bayi Lelaki Pada 4 Desember Lalu, Jam 10.20 Pagi..


Bayi Lelaki ini Diberikan Nama Uwais Alqarni.. Sedapkan...!!! Chomel Macam Maknya Gak... Muahaha... Gambar Lain Kat Bawah... Layan...

Read more...

Oct 11, 2011

Dato' Ahmad Jais Meninggal.. Al Fatihah

Salam Takziah Buat Semua Ahli Keluarga Allahyarham Dato' Ahmad Jais Yang Baru Kehilangan Orang Tersayang Mereka.Allahyarham Dilaporkan Meninggal Dunia Di Pusat Perubatan Darul Ehsan Jam 9.30 Pagi Tadi.

Jenazah Allahyarham Akan Di Bawa Ke Masjid Negeri Shah Alam Untuk Disembahyangkan Dan Akan Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Sekseyen 21.



Read more...

Oct 2, 2011

Gambar Cinta Laura Braless A.K.A Tak Pakai Bra Untuk Video MTV Terbarunya....!! Oh! Hidung Berdarah...!!!

Lama Rasanye Aku Tak Post Pasal Artis Luar Kan !! Jadi, Kali Nie Aku Paparkan Gambar Tak Berapa Seksi Dari Artis Negara Seberang.. Cinta Laura, Merupakan Pelakon Dan Penyanyi Berdarah Campuran Dari Indonesia.. Kononya, Gambar Nie Di Cilok Daripada MTV Baru Cinta Laura.. Aku Try Gak Google Nak Cari MTV Ni Untuk Cuci Mata Pengesahan.. Tapi Takde Pown.. Choi...!!!! Korang Layan Jer La Ek...!!!


Read more...

Zarina Anjoulie A.K.A Anak Pontianak Putus Tunang !!!

Salam Guys, Ingat Aku Lagi Tak...??? Muahaha... Hambik Koo... Namblas Ari Tak Usik Blog Nie.. Padahal Ada 5 Buffer Erning Dari Nuffnang Tu.. Busy Skit Der... Banyak Next Step Kerja Yang Aku Kena Buat.. Terkejar Sana Sini.. Tu Yang Bersarang Blog Ni Dibuatnya.. Okey, Zarina Anjoulie, Atau Nama Terbarunya UN-COLI LALUCAH Anjoulie Lavocah Baru-Baru Ini Dikatakan Telah Putus Tunang.. Katanya, Sebab Tunangnya Tak Menghormati Orang Tuanya... That Good.. Family Always Come 1st.. Apapun, Maybe Pasal Takde Jodoh Kot.. Takpa  Anjoulie Lavocah, Aku Kan Ade... Muahaha....

Read more...

Sep 19, 2011

Gambar Fida Pantene Tidak Bertudung

Eh.. Macam Kenal Jer Mamat Yang Amik Gambar Fida Nie.. Tu Mamat Kan Sepah Kan ?? First Time Rasanya Tengok Fida Nie Tak Bertudung.. Rasanya Lagi Sweet Bila Dia Bertudung Kot... Kan ??



Read more...

Gambar Kereta Satria Neo Iqram Dinzly Dan Fouziah Gous Yang Terlibat Dalam Kemalangan.

Takziah Buat Iqram Dinzly Yang Terlibat Dalam Kemalangan Kemalangan Jalan Berhampiran Zoo Negara.. Walaubagaimanapun, Hanya Kereta Satri Neo Yang Dinaiki Oleh Iqram, Fouziah Gous Dan Kawan nya Yang Remuk Di Bahagian Tepi Dan Bahagian Belakang.. Mereka Bertiga Tidak Mengalami Sebarang Kecederaan.. Syukur Mereka Semua Selamat..




Read more...

Sep 13, 2011

Anak Perempuan Safura, Nur Aisyah Mariam Meninggal Dunia...

Takziah Buat Penyanyi, Safura Yaacob Atau Lebih Dikenali Safura Yang Baru Kehilangan Anak Perempuan Petang Semalam, Allahyarham Nur Aisyah Mariam, 3 Tahun, Meninggal Dunia Petang Semalam Akibat Demam Panas Berpanjangan Sejak 3 Hari Lalu.

Nur Aisyah Mariam (Dua Dari Kiri) Meninggal Dunia Akibat Demam Panas

Read more...

Sep 11, 2011

Gambar Ayu Fasha Sandha Di B*POP

Kalu Korang Ada Membaca B*Pop Di Berita Harian Harini, Mesti Korang Perasan Kan, Ada 3 Pat Keping Gambar Fasha Sandha Didalamnya... Dalam Gambar Ni, Fasha Nampak Macam Dah Chubby Sikit... Senang Hati Kot.. Aper Cite Dia Ngan Jejai Ek? Senyap Jer... Jap Putus, Jap Sambung... Dah Macam Line Streamyx Kat Rumah Aku Da Ha.. Asik Disconnect Jer.. Panas Jer Ati... Pui....

Read more...

Sep 10, 2011

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Faezah Elai Dan Heykal Hanifah

Tahniah Diucapkan Buat Nana Narita A.K.A Faezah Elai Dan Heykal Hanifah Yang Selamat Dinikahkan Pada Jam 3.30 Petang Kelmarin Dengan Mas Kahwin nya Sebanyak RM1001.00 Disertakan Dengan 9 Dulang Hati Nyamuk Ades Hantaran Yang Ohsem, Antaranya, Barangan Kemas Daripada Habib Jewels, iPhone 4, Jam Dinding Tangan Tag Heuer, Barangan Kecantikan, Digital Al-Quran Dan Telekung.

Read more...

Sep 5, 2011

Gambar Khairul Fahmi Beraya Bersama Shila Amzah, Ehem... Ade Ape-Ape Ke Nie... Hehehe..

Gambar Terbaru Yang Aku Jumpa Kat Blog Rotikaya, Kelibat Khairul Fahmi Che Mat A.K.A Apex Kelihatan Beraya Di Rumah Nur Shahila binti Amir Amzah A.K.A Shila OIM, Haa... Ade Apa2 Ker Nie Bro... Hehehe... Biasalakan, Musim Beraya Ni, Tak Salah Kalau Nak Beraya Dengan Kawan-Kawan.. Maybe Diaorang Ni Best Friends Kot Sebelum Nie.. *Berfikiran Positif* Mana Tau.. Apapun, Suka Sangat Dengan Shila Nie.. Cute + Suara Dia Power Ohh..


Read more...

Sep 3, 2011

Gambit Saifullah Buat Hal Lagi.. Samakan Follower Facebooknya Seperti Anjing Dan Babi

Salam Syawal Buat Semua, Masih Di Mood Raya ?? Hehe.. Aku Pon Sama... Nak Bangun g Kerja Pon Berat Jer.. Jemputan Ke Majlis Rumak Terbuka Banyak Nie.. Tatau Nak Pergi Mana Satu..Yang Buat Rumah Terbuka Time Malam Tu, Maybe Aku Pergi Kot.. Okey, Gambit Saifullah Skali Lagi Mencetuskan Konterversi Dengan Statement Di Facebooknya Yang telah Membuatkan Para Followernya Mengamuk.. Sebelum Ini, Gambit Pernah Di Hentam Teruk Apabila Mengeluarkan Statement Yang Sama..



Read more...

Aug 21, 2011

Nanu Baharuddin Bela Anjing ?? Boleh Ke Bela Anjing ??

Salam Guys,Kecoh Kat Blog Dan Forum Tentang Tersebarnya Beberapa Keping Gambar Nanu Baharuddin Berpelukan Dengan Anjing, Ada Yang Backup Dan Ada Yang Memberikan Kutukan Membina Kepada Beliau.. Apa Yang Aku Tahu, Pegang Anjing Ni Haram, Tapi Kita Boleh Samak Balik Kan... Pas Tu Tak Salah Kalau Kita Bela Anjing Kalau Ianya Atas Keperluan Di Ladang Atau Di Kebun.. Tapi Kalau Atas Alasan Nak Jadikan Pet, Aku Tak Pasti La Pula Hukumnya..


Read more...

Iklan Seksi Depan Masjid, Pengurusan Nurul Minta Maaf

Salam Guys, Setelah Menerimah Bantahan Daripada Beberapa Pihak, Akhirnya Pengurus Nurul Hari Ini Meminta Maaf Kepada Semua Pihak Dek Kerana Iklan Glow & Glamour Yang Agak Seksi Berlatarbelakangkan Masjid Telah Membuatkan Sesetengah Pihak Marah.. Tu La... Nah Buat Promosi Pun, Agak-Agak La.. Jangan Nak Main Belasah Jer... Kan Da Kena... Huhu...


Seksi Kan ??

Read more...

Aug 19, 2011

Video MTV K-Pop Malaysia, MAX 247 Yang ........

Salam Ramadhan Guys, Korang Ingat Lagi Tak Dengan Kumpulan Baru Malaysia Yang Menggelarkan Kumpulan Mereka MAX 247?? Boy Band Malaysia Pertama Yang Dihentam Teruk Apabila Mereka Dikatakan Mengopy/Paste Artis Kumpulan Korea.. Walaubagaimana pun, Kumpulan MAX 247 Tetap Meneruskan Perjalanan Mereka Yang Berduri Dengan Slumber.. Terbaek Bro... Jangan Putus Asa.. Biasa La Tu.. Asam garam Sebagai Artis.. Jangan Mudah Melatah..Baru Boleh Pergi Dengan Lebih Jauh..


Read more...

Sampul Duit Raya Dari SimplySiti Yang Awesome

Salam Guys, Sedar Atau Tidak, Hari Ini Merupakan Hari Ke-19 Kita Umat Islam Berpuasa.. Apamacam Puasa? Ade MC Tak? Hehe.. Okey, Korang Try Sampul Duit Raya Keluaran Simplysiti Nie... Cun Kan?? Kalu Macam Nie, Tak Payah Letak Duit Kat Dalam Angpau Nie Pon Takpe.. Budak2 Kat Kawasan Rumah Aku Nie Fanatik Dato Siti.. Mesti Doarang Sukenye... Hahaha...


Read more...

Aug 17, 2011

Gambar Design Baju Pernikahan Memey Yang Di Reka Khas Oleh Ezuwan Ismail

Salam Guys, Korang Dah Tengok Ke Design Baju Untuk Pernikahan Paling Havoc Tahun Ini Iaitu Memey Dan Norman Hakim Yang Bakal Dilangsungkan Pada 24 September Ini... Bukan Main Curlast Lagi Ko Maria... Rekaan Ezuwan Ismail Lagi Tuu...


Read more...

Aug 13, 2011

Raja Farah Akui Lebih Selesa Dengan Bertudung...!!

Alhamdulillah, Raja Farah Akui Yang Dia Lebih Selesa Ketika Bertudung.. Chomel Kan Bila Raja Farah Bertudung.. Katanya, Dia Lebih Selesa Dengan Penampilan Itu. Baguslah, Diharap Lepas Ini Lebih Ramai Artis Mencontohi Jejak Raja Farah.. Amin...!!


P/s: Suke Tengok Dia Berlakon... Sweet Jer....




gambar raja farah bertudung, Raja Farah, raja farah bertudung, raja farah kini bertudung,facebook,biodata,gambar,kahwin,gambar kahwin raja farah, gambar nikah raja farah, gambar pernikahan raja farah, gambar persandingan raja farah, gambar raja farah, perkahwinan raja farah, Raja Farah, suami raja farah

Read more...

Lelaki Bertopeng Yang Menyamun,Merogol Dan Menyimbah Asid Kepada Seorang Janda Ketika Hendak Berbuka Puasa 2 Hari Lalu Adalah BEKAS SUAMINYA SENDIRI...!!!!

Salam Semua, Korang Ade Baca Tak Semalam Di Harian Metro Semalam? Kisah Seorang Lelaki Bertopeng Menyamun,Merogol Dan Menyimbah Sejenis Cecair Asid Kepada Seorang Wanita Yang Sedang Menunggu Waktu Berbuka Puasa Di Rumahnya Di Wangsa Maju, 2 Hari Lepas.. Rupanya, Mangkuk Hayun Ini Adalah Bekas Suami Kepada Mangsa Ini Sendiri... Ceh...!!! Kurang Ajaq Sungguh Jantan Ini.. Aku Ingatkan Orang Gila Sex Mana.. Rupanya Bekas Suami Yang Buat Taik..



Read more...

Review Filem - Karipap-Karipap Cinta

Salam Ramadan Guys, Pekabo Korang Semua ?? Harap Sihat Sokmo.. Okeylah, Dipendekan Cerita, Pada Rabu Lalu *10 August 2011* Aku Dan Beberapa Blogger Telah Dijemput Oleh Cik Helena untuk Ke Majlis Berbuka Puasa Dan Pratonton Filem Terbaru Arahan Othman Hafsham, Seorang Pengarah 70an Yang kini Kembali Memberikan Sentuhan Terbarunya Didalam Filem Berjudul "Karipap-Karipap Cinta" Di e@Curve, Damansara

2 Tiket Dan 2 Keping CD Yang Aku Dapat Time Tu...

Read more...

Aug 6, 2011

Kantoi.... Kelibat Khairul Fahmi Dan Dahlia Teck Berpengangan Tangan Ditemui Di Universal Studio Singapura

Nampaknya, Alasan "Tiada Orang Ketiga"Dari Penjaga Gol Pasukan Harimau Malaya, Khairul Fahmi , Tidak Lagi Membuahkan Hasil Apabila Kelibatnya Bersama Seorang "Adik" Yang Dikenalinya Dari Kecil Dahulu Kelihatan Berpengangan Tangan Di Universal Studio Singapura Baru-Baru Ini.. Hadoiii.....!!! Kantoi Suda Nye Punn....!!! Hehehe...


Read more...

Produk SimplySiti Yang Di Asaskan Oleh Dato' Siti Nurhaliza Tidak Halal ?

Salam Guys, Selamat Berpuasa Diucapkan Kepada Semua, Sedar Atau Tidak Hari Ini Dah Masuk Hari Ke-6 Kita Berpuasa.. Alhamdullilah, Aku Masih Mampu Meneruskan Perjuangan Ini Dengan Gumbiranya.. Tak Macam Masa Kecik-Kecik Dulu, Puasa Tak Pernah Cukup Sebulan.. Mesti Ader Jer MC nye.. Hehehe.. Okey, Berbalik Kepada Tajuk Asal.. Betul Ke Produk Kecantikan SimplySiti Yang Diasaskan Oleh Penyanyi No.1 Negara, Siti Nurhaliza, Tidak Halal Dan Menggunakan Berus DiPerbuat Daripada Bulu Babi...?? Biar Betik Beb...!!!!

Read more...

Aug 4, 2011

Sah! Ally Iskandar Dan Nur Aishah Zainal Putus Tunang.

Hajat pengacara terkenal, Ally Iskandar untuk menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini kini hanya tinggal kenangan apabila ikatan pertunangan yang diikat pada 11 Februari lalu putus di pertengahan jalan.

Ally yang melangsungkan pertunangan dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal mengesahkan perkara ini ketika ditemui di rakaman program Mentor Raya di Sri Pentas 2, Shah Alam sebentar tadi.

Read more...

Jul 30, 2011

Al Fatihah Buat Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Yang Meninggal Dunia Awal Pagi Hari Ini Akibat Daripada Serangan Jantung

Takziah Buat Keluarga Mohd Ashraf Hafiz Yang Baru Kehilangan Anak Lelaki Kesayanganya.. Mohd Ashraf Telah Meninggal Dunia Di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah Pada Jam 5 Pagi Tadi Akibat Serangan Jantung.

Mohd Ashraf

Read more...

Jul 25, 2011

Penyanyi, Amy Winehouse Meninggal Dunia

Penyanyi Popular Hollywood, Amy Winehouse, Telah Meninggal Dunia Pada Sabtu Lalu (23 Julai 2011) Akibat Daripada Menggambil Dadah Berlebihan.. Dia Yang Lahir Pada 14 September 1983 Meniggal Dunia Pada Usia 27 Tahun, Baru Sahaja Selesai Merakamkan Sebuah Album Terbaru Anak Didiknya ,Dionne Bromfield Dan Bakal Dilancarkan Album Pada 4 Julai Ini.. Malangnya, Hajadnya Tidak Kesampaian.. R.I.P Amy...

Read more...

Gambar Majlis Pernikahan Noh Hujan Dan Mizz Nina

Tahniah Diucapkan Kepada Noh Hujan Dan Mizz Nina Yang Telahpun Bergelar Suami-Isteri Pada 1 Julai Lalu.. Selain Daripada Pasangan Ini, Pasangan Tomok Dan Ayu Juga Turut Melangsungkan Majlis Pernikahan Pada Hari Yang Sama... Tahniah Sekali Lagi Buat Mereka... Jom Tengok Gambar Perkahwinan Noh Hujan Dan Mizz Nina Yang Supercool Nie...


Read more...

Jul 23, 2011

Takziah, Almy Nadia Bertongkat, Patah Jari Kaki

Takziah Buat Pelakon Kecil Molek, Almy Nadia Aminuddin Shah, 25, Yang Telah Mengalami Kecederaan Apabila Jari Kaki Kanannya Patah Akibat Tersadung Pada Pintu Di Rumah Keluarganya Di Pulau Pinang, Sabtu lalu.Semoga Cepat Sembuh Yer... Lama Rasanya Aku Tak Tengok Lakonan Almy Nadia Nie... Ape Eh Drama/Filem Yang Di Berlakon Eh ??


Read more...

Jul 21, 2011

Gambar Seksi Marsha Londoh Dalam Majalah FHM Julai 2011

Short Entry Pasal Aku Nak Tidur Awal Hari Ini.. Esok Nak Bangun Awal Dan Bergegas Ke Kedai Majalah Berhampiran Untuk Berebut Dengan Pervert Lain Membeli Majalah FHM Keluaran Julai... Ader Marsha Londoh, Bekas Awek Aku Dulu Di Dalamnya... Hehehe... Layan Jer Laa...

Read more...

Jul 20, 2011

Review Filem - Senario The Movie : Ops Pocot

Salam Guys, Malam Semalam Aku, Hazman Dan Beberapa Blogger  Yang Bertuah Telah Menyertai Pra-Tonton Filem Terbaru Keluaran Metrowealth International Group Sdn Bhd Yang Bertajuk "Senario The Movie - Ops Pocot" Bertempat Di TGV Cinema, Sunway Pyramid .Filem Ini Merupakan Filem Arahan Kedua Brader Ismail Bob Hashim <- *Dia La Yang Buat Filem Ngangkung Tu..*, Seorang Pengarah Filem Baru Yang Berjaya Membuatkan Aku Tergelak Sorang-Sorang Kat Atas Motor Time On Da Way Balik Ke Rumah, Malam Tadi... Hehehe..

Poster Filem "Senario The Movie - Ops Pocot"

Read more...

Jul 19, 2011

Gambar Diana Amir Ketika Menjalani Latihan Askar Wataniah

Salam Guys, Selepas Dato Siti Nurhaliza, Kini Pelakon Kecil Molek, Diana Amir Tidak Ketinggalan Menyertai Askar Wataniah Baru-Baru Ini.. Chomel Jer Tengok Gambar Dia Ketika Menjalani Latihan Yang Agak Berat Bagi Sesetengah Kaum Hawa.. Gambar-Gambar Ni Aku Cilok Kat Facebook Diana Amir... Banyak Lagi Kat Sana... Takmo Upload Bebanyak Kat Sini.. Kang Lemau Gila Nak Load Site Nie... Okey, Moh Le Kite Tengok Kechomelan Si Diana Amir Nie... Zazzz....

Read more...

Jul 18, 2011

Gambar Majlis Pernikahan Nurul Syuhada Nurul Ain Dan Amir

Petang Kelmarin Berlangsung Sudah Majlis Yang Dinantikan Ramai Iaitu Pasangan Dua Sejoli, Nurul Syuhada Nurul Ain Dan Amir Bertempat The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur.Mereka Yang Berpakaian Serba Putih Kelihatan Begitu Awesome Sekali Ketika Berada Di Atas Pelamin.. Selamat Pengantin Baru Buat Nurul Dan Amir.. Semoga Berkekalan Selamanya... Amin..

Read more...

Gambar Super Cool Black Mentor Dan Fasha Sandha

Salam Guys,Kalau Korang Ada Tengok Drama "Dewa Cinta" Yang Sedang Disiarkan Kat TV3 Sekarang Ni Mesti Korang Perasan Kan, Masa Inro @ Drama Nie Nak Mula, Terdapat Kelibat Black Mentor Menyanyikan Layunya "Aku Cinta Rindu Padamu" Dengan Para Pelakon Drama "Dewa Cinta".Gambar Mesra Kat Bawah  Kemungkinan Besar Diambil Semasa Sesi Lakonan Dijalankan Kot.. Papapun, Layan Jer La...


Read more...

Jul 16, 2011

Malaysia Vs. Liverpool - Siaran Langsung


Tahniah Buat Pasukan Malaysia, Walaupun Tewas Dengan Pasukan Liverpool Namun Kita Kalah Dengan Berbalas.. I Love Malaysia... Hehehe...

Update:
Malaysia - 3
Liverpool - 6

Malaysia vs Liverpool (3-6) - Highlight Goal & Full Match

Read more...

Jul 15, 2011

Gambar Pre-Wedding Nurul Syuhada Nurul Ain

Salam Guys,Korang Dah Tengok Ke Gambar Pre-Wedding Minah Cun A.K.A Nurul Syuhada Nurul Ain Dengan Bakal Suaminya Raja Amir Raja Azwa ?? Kalau Belum, Moh Le Kite Layan Bersama-Sama.. Zazz....

Read more...

Tahniah, Mawi Bakal Menjadi Bapa, Ekin Mengandung 7 Minggu.

Salam Guys, Tahniah Diucapkan Kepada Mawi Dan Ekin Yang Bakal Menimang Cahaya Mata Tak Lama Lagi.. Setelah Beberapa Kali Keguguran, Baru Baru ?Ini Ekin Disahkan Telah Mengandung 7 Bulan. Tahniah Skali Lagi Buat Pasangan Ini.. Take Care Dear...!!!









Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Read more...

Jul 8, 2011

Respon Siti Saleha A.K.A Nora Elena Terhadap Gambar Seksinya Yang Tersebar Baru-Baru Ini.

Salam Guys, 2-3 Hari Lepas Kita Dikejutkan *Terkejut Ke?* Dengan Beberapa Keping Gambar "Panas" Pelakon Utama Drama Nora Elena Yang Membuatkan Para Suami Tak Tidur Lena, Nora Elena Yang Ditayangkan Di TV3 Pertengahan Bulan 5 Tahun Ini.. Drama Bersiri Yang Mempunyai 24 Episode Ini Sedikit Sebanyak Telah Menaikkan Nama Siti Saleha Dalam Dunia Seni..



Read more...

Jul 6, 2011

Bapa Fizo Omar Meninggal Dunia

Takziah Diucapkan Kepada Fizo Dan Ahli Keluarganya Yang Baru Kehilangan Bapa Tercinta Malam Tadi.. Ayah Fizo, Wan Omar, 80 Tahun Meninggal Dunia Di Hospital Kota Bharu Akibat Masaalah Ketumbuhan



Read more...

Jul 5, 2011

Artis Lelaki Hip Hop Zaman 90-an Ditangkap Khalwat Bersama Seorang Janda Anak 2

Lagi Kes Artis Ditangkap Khalwat, Kali Ini Membabitkan Seorang Artis Lelaki Hip Hop Zaman 90-an Dengan Pasanganya, Seorang Janda Berhias Yang Mempunyai Dua Orang Anak. Serbuan Di "Tapak Projek" Mereka Di Kondominium Langat Jaya, Cheras Telah Dijalankan Oleh Ahli Jawatankuasa Kondominium Bersama Pihak Masjid Batu 9 Pada Jam 4 Pagi Ahad Yang Lalu..

Gambar Sekadar Hiasan

Read more...

Jul 3, 2011

Johan Dan Zizan Tidak Sebulu ?

Salam Guys, Terbaca Kat HMetro Online Khabarnya Kumpulan Faberet Aku, Jozan Tidak Sebulu Ketika Mereka Menyertai Pertandingan Maharajalawak Tempoh Hari.. Betul Ke Jozan ?? Aku Tengok Time Korang Membuat Persembahan Kat Pentas Sepanjang Program Maharaja Lawak Tempoh Hari Macam Okey Jer.. Tup Tup Dah Dengar Khabar Angin Macam Nie..


Read more...

Salih Yaccob Kendalikan 'Salih Yaccob Show, I Follow'

Selepas tiga tahun tidak mengendalikan sebarang program bual bicara, kini pelawak Salih Yaccob muncul dengan program barunya, Salih Yaccob Show, I Follow.

Menurut Salih, tag line 'I Follow' diambil daripada slot Sinar Pagi yang dikendalikannya di Sinar FM dan apabila ia semakin dikenali, pihak Astro menerbitkan pula slot tersebut versi program bual bicara pula.

"Sebenarnya saya pun tidak sangka bahawa 'I Follow' mempunyai ramai pengikut da ia mampu menjadi fenomena buat pendengar-pendengar setia Sinar FM.


Read more...

Tahniah, Hattan Mahu Kahwin, Sedia Terima Bekas Isteri

Penyanyi Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 46, mengakui tidak kisah seandainya ditakdirkan bertaut kembali dengan bekas isterinya Arianie Mohd Abidin selepas enam tahun bercerai.

Hattan berkata, dia kini telah bersedia untuk berumah tangga semula tetapi masih belum menemui calon yang sesuai untuk disunting sebagai isteri.

"Kesibukan saya dengan perniagaan dan cabang seni menjadi penghalang untuk mencari pasangan. Namun, saya akui sejak kebelakangan ini hubungan dengan bekas isteri menjadi bertambah rapat.


Read more...

Jul 2, 2011

Gambar Pernikahan & Persandingan Tomok Dan Siti Rahayu

 Salam Guys, Tahniah Diucapkan Kepada Pasangan Pengantin Baru, Tomok dan Siti Rahayu, Yang Telah Selamat Dinikahkan Pada 1 July 2011 (Semalam).Dengan Hanya Sekali Lafaz, Tomok Kini Sudah Bertukar Status Dari Newboyz Ke Oldboyz... Hehehe.. Tahniah Buat Mereka Sekali Lagi.. Semoga Berkekalan Di Dunia Dan Di Akhirat.. Amin.. Gambar Sila Usha Kat Bawah, Kredit Sepenuhnya Kepada Facebook Hatta Dolmat.

Read more...

Suami Lacurkan Isteri

KUALA LUMPUR: Seorang suami durjana memaksa isterinya melacur semata-mata ingin mendapatkan wang untuk menjelaskan ansuran bulanan keretanya.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, di Bukit Bintang, di sini, bukan kali pertama wanita berusia 25 tahun itu diperlakukan sedemikian, sebaliknya lebih sepuluh kali dalam tempoh hampir setahun lalu.



Read more...

Tiada Isu Dira & Zizan Kendalikan 'Melodi'

Pelakon dan pengacara Khaidhirah Abu Zahar (Dira), 27, mengakui semakin serasi dengan Zizan (Raja Lawak) mengendalikan program televisyen, Melodi biarpun ada pihak mempertikaikan mereka sebelum ini.

Menurut Dira, sebagai pengacara bersama mereka saling menghormati dan membantu di antara satu sama lain bagi melancarkan penyampaian program kesukaan ramai itu.

"Setakat ini, kami tiada masalah bekerjasama. Selepas tiga bulan mengacarakan Melodi, kami semakin serasi.

Read more...

Simon Cowel, Paula Abdul Diganggu Makhlus Halus

JURI rancangan realiti X Factor, Simon Cowell dan Paula Abdul diganggu makhluk halus ketika menginap di sebuah hotel di Dallas, Amerika Syarikat.

Bukan sahaja kedua-dua juri ini, malah seorang peserta bernama Reid yang turut menginap di hotel berkenaan mendakwa mengalami gangguan itu.

"Reid tidak tahu bahawa hotel tersebut berhantu tetapi dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan hotel tersebut.



Read more...

Jul 1, 2011

Rozita Che Wan Rehat Seminggu Akibat Jatuh Tangga

Pelakon jelita Rozita Che Wan mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat terjatuh dari tangga rumahnya malam Rabu lalu.

Menurut Rozita, disebabkan kejadian tersebut ligamen kakinya itu koyak menyebabkan dia tidak boleh bergerak.

"Saya baru sahaja pulang daripda penggambaran terakhir drama Annissa dalam pukul 9 malam pada Rabu lepas. Masa menaiki tangga, saya tergelincir menyebabkan saya terjatuh.


Read more...

Perkahwinan Nurul Syuhada Dibuat Secara Tertutup

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, akan mengadakan majlis pernikahannya dengan seorang pegawai bank , Raja Amir Raja Azwa,29, pada 23 Julai depan secara tertutup.
Sumber pihak TV3 yang dihubungi memberitahu majlis persandingan akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.
Manakala, upacara pernikahan akan dijalankan seminggu lebih awal.

 Nurul Syuhada bersama kekasihnya, Raja Amir.

Read more...

Freddie Fernandez Kekal Presiden Karyawan

Barisan AJK baru penggal 2011-2013 Persatuan Karyawan Malaysia selepas sesi pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-12 persatuan itu, Khamis. - Foto NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Tahunan ke-12 (AGM12) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menyaksikan Datuk Freddie Fernandez mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden untuk tiga penggal berturut-turut pada sesi pemilihan ahli persatuan berkenaan, Khamis.

Mesyuarat kali ini dihadiri kira-kira 200 orang ahli bagi pemilihan jawatankuasa untuk penggal 2011-2013.

Menurut Freddie, kehadiran ahli Karyawan dalam jumlah tersebut membuktikan sokongan dan kepercayaan mereka terhadap perjuangan persatuan itu.

Read more...

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's