Jan 15, 2011

Cucu 17 Tahun Rompak Dan & Bunuh Datuk

Share

Salam Buat Semua, Terbaca Di Utusan Malaysia Tadi Pasai Kes Pembunuh Ngeri Seorang Datuk Yang Melibatkan Cucunya Sendiri... Sedih Rasanya Bila Membaca Penderitaan Yang Dirasa Oleh Pasangan Datuk Dan Nenek Ni..Si Nenek Terpaksa Melihat Cucunya, Yang Seperti Binatang Ini Menikam Suaminya Bertubi-tubi Dan Maut Di Depan Matanya Sendiri..


Si Nenek Nak Membantu Pon Tidak Terdaya.. Tangan Dan Bahunya Terlebih Dahulu DiKetuk Dengan Objek Keras Oleh Cucunya Yang Macam Shelake.. Si Nenek Yang Terbaring Lesu Hanya Mampu Menitiskan Airmata Melihat Suaminya Ditikam Oleh Cucunya.. Mmm... Aku Tak Tahu Apa Nak Jadi Dengan remaja Zaman Sekarang Nih...Jahatnya Melampau-lampau.. Aku Dulu Pon Pernah Gak Lalui Zaman Remaja Macam Diaorang Nih.. Jahat... Aku Mengaku Memang Jahat.. Tapi, Takde La Sampai Nak Membunuh Orang.. Lebih Kejam Apabila Yang Di Bunuh Tu Kaum Keluarga Sendiri... Nak Tunjuk Power La Tuu.. Yang Tek Bleh Blah.. Siap Remaja Perempuan Pon Bleh Terlibat Skali... Eerrr... Tak Ngeri Ke Tengok Orang Membunuh..??? Tak Rasa Bersalah Ke Babe...? Kalau AKu La.. Dah Lama Aku Cabut G Report Polis.. Tu Laa... Ikut Sangat Kata Hati.. Macam Ni La Jadinya.. Ingatlah.. Dunia Ni Kecik Jer.. Mana Korang Nak Lari...!!! Untuk Berita Penuh, Klik "Buka" Kat Bawah Nih... Amik Kat Utusan Malaysia...

Spoiler:

JEMPOL 14 Jan. - Sudah tiada lagi rasa hormat seorang remaja apabila membawa tiga rakannya termasuk seorang remaja perempuan merompak dan menikam sehingga mati datuknya di rumah mangsa di Felda Palong Dua, dekat sini, malam semalam.
Lebih tidak berperikemanusiaan, mereka yang melarikan wang tunai dan barang kemas bernilai RM10,000 membiarkan sahaja warga emas itu yang ditikam empat kali, rebah berlumuran darah.Neneknya pula dipukul dan diketuk dengan objek keras di tangan dan bahu menyebabkan dia terbaring kesakitan.


Mangsa, Mokhtar Yusoh, 71, meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak di salah sebuah bilik rumah satu setengah tingkat itu, di hadapan isterinya, Halimah Mad Yasin, 57, kira-kira pukul 9 malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, cucu lelaki Mokhtar berusia 17 tahun bersama tiga lagi rakannya berusia 15 dan 18 tahun ditahan di sekitar kawasan berkenaan tidak lama selepas kejadian.

"Kesemua suspek dibawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Jempol untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pihaknya percaya berlaku pergelutan semasa kejadian itu sehingga salah seorang daripada suspek menikam Mokhtar sebelum mencederakan Halimah dengan objek keras.

"Mangsa meninggal dunia akibat ditikam oleh salah seorang suspek di belakang dan depan anggota badannya.

"Kita akan menyiasat secara terperinci kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sementara itu, Halimah yang ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Felda Palong Dua dekat sini memberitahu, dia bersama arwah suaminya baru sahaja pulang dari menghadiri majlis tahlil di rumah ibu mertuanya di Bukit Rokan dekat sini.

Dia yang masih trauma dengan kematian suaminya itu berkata, sebaik sahaja tiba di rumahnya pukul 9 malam, dia terkejut mendapati keadaan bilik utama berselerak.

"Kami mengesyaki ada pencuri di dalam rumah. Saya juga terkejut apabila menemui sebilah parang di dalam bilik berkenaan.

"Dalam ketakutan itu, saya dan arwah suami terdengar suara beberapa orang sedang berbual dalam bilik di bahagian atas dan alangkah terkejutnya apabila kami dapati salah seorang daripada mereka adalah cucu kami sendiri," katanya.

Halimah memberitahu, terdapat seorang remaja perempuan bersama cucunya dan dua lagi remaja lelaki.

"Arwah suami saya menjadi marah sejurus terlihat cucunya itu dalam bilik berkenaan dan ketika itulah dia meminta saya menghubungi pihak polis.
"Tanpa saya duga, seorang daripada remaja itu meluru ke arah arwah suami lalu menikamnya bertubi-tubi. Saya pula dicederakan dengan objek keras," katanya sebak.

Bagi Halimah, dia tidak mungkin dapat melupakan bagaimana suaminya yang rebah dengan darah penuh di badan sempat melihat kesemua remaja itu termasuk cucunya melarikan diri dengan membawa beg tangan berisi wang dan barang kemas bernilai RM10,000.
Jenazah Mokhtar dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong Satu, dekat sini.
Halimah pula sudah dibenarkan keluar dari Hospital Jempol selepas menerima 30 jahitan di bahu, dada dan lengan. - Farabi dan Sajida


P/s:Binatang Pon Tak Macam Diaorang Ni... Elok Diaorang Ni Ditumbuk Macam Dalam Video Ni...


Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's