Jan 17, 2011

"Ibu Suruh Abang Rogol Saya...!!!"

Share

Salam 1Malaysia.. Bukan Aku yang Kena Rogol Okey... Aku Masih Suci.. hahaha.. Cerita Yang Aku Cedok Dari Harian Metro Hari Ini.. Kisah Seorang Ibu Yang Sanggup Menyuruh Anak Lelakinya Merogol Anak Perempuan nya Sendiri Terlebih Dahulu Sebelum Anak Perempuan nya Itu Di Serahkan Kepada Lelaki Sangap Yang Telah Meminjamkan Wang Kepadanya (Si Ibu Sial Ni). Tak Sangka Aku, Ada Ibu Yang Sanggup Menyerahkan Anak Kandungnya Sendiri Sebagai Ganti Nilai Hutang Yang Di Buatnya... Sebelum Ini Dengar Kes Bapa Yang Menyerahkan Anak Pempuan nya Untuk Melunaskan Hutang.. Kali Ini Tak !!! Si Ibu Pula Yang Berhutang.. Ibu Apakah Ini ?? Rasanya "Ibu Ayam" Pon Tak Sanggup Bagi Anak Kandungnya Sendiri Kepada Orang Lain Meratahnya..Bertambah Shilakanya Apabila Di Suruh Anak Lelakinya (Abang Kepada Mangsa) Merasmikanya Dahulu... Apa Kes Nih...??


Sepatutnya, Si Ibu Lebih Memahami Perasaan Anak Perempuan Nya.. Tak Fikir Ke Masa Depan Anak Bila Meningkat Dewasa Nanti...?? Takde Cara Lain Dah Ke ?? Tu La.. Banyak Sangat Berhutang Dengan Baya Jual Carpet.. Inilah Padahnya.. Hutang Keliling Pinggang.. Tak Dapat Bayar, Gadai Anak.. Choi...!!!
Di Sebabkan Sejarah Hitam Ini, Si Anak Kini Terhumban Dalam Dunia Perlacuran Dan Di Kurniakan 3 Cahaya Mata.. Coming Soon Tambah Lagi Satu, Pasai Sekarang Ni Si Anak Sedang Mengandungkan Anak Ke Empatnya.. Kesihan La Kat Si Anak Nih.. 2/3 Anak Daripada Hasil Di Rogol Itu Di Serahkan Jualkan Kepada Orang Lain Bagi Menjamin Masa Depan Anak Kecil Itu Supaya Lebih Cerah, Disamping Mendapat Sedikit Imbuhan... Jahatnya Ko Wahai Manusia... Geram Aku Dowh...!!! Baca Lagi Kat Bawah Ni.. Klik Buka..

Spoiler:

KUALA TERENGGANU: “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26.

Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.

“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.


Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.

“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.

“Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.

“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.

Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.

Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.

“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.

“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.

Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.

"Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.

Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.

“Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,” katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.


P/s:Bersyukurlah Kita Dikurniakan Seorang (2 Orang Kepada Mereka Yang Bapaknya Kahwin Dua) Ibu Yang Mithali.. Hargai Dan Hormatilah Mereka.. Kat bawah Ni Sebagai Renungan Jer...

ADA seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?

Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya: Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya: Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi: Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

(Hadis riwayat At-Tirmizi)




Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's