Jul 3, 2011

Johan Dan Zizan Tidak Sebulu ?

Share

Salam Guys, Terbaca Kat HMetro Online Khabarnya Kumpulan Faberet Aku, Jozan Tidak Sebulu Ketika Mereka Menyertai Pertandingan Maharajalawak Tempoh Hari.. Betul Ke Jozan ?? Aku Tengok Time Korang Membuat Persembahan Kat Pentas Sepanjang Program Maharaja Lawak Tempoh Hari Macam Okey Jer.. Tup Tup Dah Dengar Khabar Angin Macam Nie..


Tambahan Lagi, Zizan Dikatakan Gagal Memberikan Komitmen Untuk Pertandingan Itu Dek Kerana Terlalu Buzy Dengan Mengecara Program Melodi Di Setiap Minggu. So, Zizan Tak Sempat Membuat Persediaan Yang Cukup Untuk Pertandingan Ini.. Mmmm... Tak Tau Lah Sejauh Mana Tentang Kebenaran Gosip Ini, Apapun.. Diharap Korang Berdua Kembali Berbaik Dan Perkara Ini Tidak Berpanjangan.. Lagipun, Kalah-Menang Tu Adat Dalam Setiap Pertandingan, Better Luck Next Time Kot.. Apapun, Korang Terbaek Der.. Hehehe...  Haa.. Kepada Yang Belum Ataupun Nak Layan Ulangan Maharaja Lawak, Korang Boleh La Usha Kat Sini..





Sumber Asal:




KUMPULAN Sepah dah pun diangkat menjadi juara Maharaja Lawak (ML). Jozan yang diwakili Johan dan Zizan yang diharapkan menjadi juara, dapat nombor dua.

Di sebalik kemeriahan itu, terkeluar cerita daripada pihak produksi, kononnya Johan dan Zizan tidak sebulu. Perselisihan pula dikatakan bermula ketika mereka menyertai pertandingan ML.

CAK ada dengar selepas Jozan masuk ML, populariti mereka semakin mencanak-canak. Setiap minggu mereka ada show, terutama Zizan. Bayaran diterima pula ‘tersangat’ lumayan.


Dan kalau tak salah CAK, disebabkan itu juga, mereka bermasam muka kerana Zizan gagal memberi komitmen untuk ML. Pada peringkat awal, undian mereka tertinggi tetapi rezeki berpihak kepada Sepah.

Apabila muncul berdua, kenalah sepakat. Kalau tak boleh nak sepakat, buat persembahan secara solo macam Nabil. Bila dapat duit, tak payah kongsi dengan sesiapa.

Rasa tak puas hati itu kelihatan ketara selepas selesainya pertandingan akhir ML. Apa saja Zizan cakap pada sidang akhbar yang diadakan selepas program itu, Johan ‘buat muka’. Menunjukkan yang dia tak puas hati.

CAK yang tak dengar kenyataan Zizan pun boleh teka apa yang dicakapkan, antaranya mungkin dia kata ‘tak ada rezeki’ atau ‘mereka gementar’ dan sebagainya.

Namun, cerita sebenarnya mungkin lain dan kebenaran itu hanya Johan yang tahu sebab itu dia ‘tak kuasa’ dengar kenyataan Zizan pada media. Barangkali benar kerana kurang komitmen, mereka tak dapat buat persediaan secukupnya.

CAK harap pergaduhan mereka tidak berpanjangan. Cuba buat ‘post-mortem’, bahagian mana yang tak kena dan harap saling bermaafan.

Walaupun gagal bergelar juara, nama mereka berdua dah cukup ‘gah’ dalam industri. Mereka antara ‘produk’ keluaran Raja Lawak paling berjaya dan laris saat ini.

Bagaimanapun, CAK dengar tak lama lagi mereka berdua akan diterbangkan ke London untuk menjalani penggambaran drama di sana. Jika benar, buang yang keruh ambil yang jernih.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana tak bergelora. Lidah lagikan tergigit, inikan pula dua manusia yang punya hati dan fikiran lain-lain. Ramadan pun semakin hampir, eloklah berdamai.






facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's