Jul 20, 2011

Review Filem - Senario The Movie : Ops Pocot

Share

Salam Guys, Malam Semalam Aku, Hazman Dan Beberapa Blogger  Yang Bertuah Telah Menyertai Pra-Tonton Filem Terbaru Keluaran Metrowealth International Group Sdn Bhd Yang Bertajuk "Senario The Movie - Ops Pocot" Bertempat Di TGV Cinema, Sunway Pyramid .Filem Ini Merupakan Filem Arahan Kedua Brader Ismail Bob Hashim <- *Dia La Yang Buat Filem Ngangkung Tu..*, Seorang Pengarah Filem Baru Yang Berjaya Membuatkan Aku Tergelak Sorang-Sorang Kat Atas Motor Time On Da Way Balik Ke Rumah, Malam Tadi... Hehehe..

Poster Filem "Senario The Movie - Ops Pocot"
Okey, Panjang Berjela-jela Mukadimahnya.. Kan..? Hehe.. Okey, Jom Review Sikit Tentang Filem Yang Awesome Nie.. Filem "Senario The Movie - Ops Pocot" Ini Telah Di Bintangi Oleh Kumpulan Senario, Iaitu, Azlee Senario Sebagai azli (Pelakon Utama) , Mazlan Pet Pet Sebagai Lan (Pelakon Utama)Dan Juga Wahid Senario Sebagai Wahid (Pelakon Utama).Filem Ini Mengisahkan Kehidupan Harian Mereka Ini Yang Sering Kali Dibuli Dan DiTindas Oleh Kawan-Kawan Mereka Di Tempat Kerja, Lan La Yang Paling Slalu Di Buli Ditempat Kerja, Kawan-Kawanya Di Officenya Yang Nakal *Nakal Ke?* Sering Kali Menyakatnya Dengan Menggunakan Ular Getah, Apabila Di Sakat, Si Lan Ni Pon Apa Lagi...Terus Jerit Supo Ponde' <- *Dibaca Mengikut Dialog Tumulak Dalam Filem Kongsi*... Lepas Tu Pengsan.. Haha...

Sila Abaikan Image Lelaki Berbadan Gempal Di Sebelah Artis Wanita Yang Chomel Ini.. Aku Tak Kenal Mamat Nie Dowh...!!!

Wahid Pula Bekerja Sebagai Staff Di Sebuah Syarikat Agensi Pekerja Warga Asing. Dia Yang Mempunyai Sikap Pemalu Dan Lemah Semangat Sering Kali Berdarah Hidung Apabila Terkejut Or Ketakutan.. Yang Nie Lagi Awesome.. Chomel Jer Tengok Wahid Bawa Watak Nie.. Hehe.. Asal Takut Jer Kuar Darah Dari Hidung.. Geli Pon Ader Gak Aku Tengok Darah Diri Hidung Dia Tu Dok Meleleh Masuk Dalam Mulut Wahid... EEiii...... Yuck...!!!

Blogger Top 10 Malaysia, Jamar Yang Pasanganya Yang Berbaju Hitam Putih Pun Turut Hadir Memeriahkan Keadaan.

Azli Pula Memegang Watak Sebagai Seorang Pengawal Keselamatan Yang Kerjanya Tidur Jer Memangjang, Hinggakan Pencuri Buat Kerja Depan Mata Pown Dia Buat Derk Jer.. Tidur Mati Beb... Haha.. Lagi Satu, Si Azli Mempunyai Masalah Mudah Letih Hinggakan Si Pencuri Yang Dikejarnya Sempat "Bermain-Main" Denganya.. Tapi Dia Lari Chomel Weh... Macam Anak Aku Yang Umor 2 Tahun Tu Lari Terkam Kat Aku Time Aku Balik Kerja Petang-Petang.. Chomel Kan  <- Dah Lari Topik !! Demm... Hahaha...

Blogger No.1 Di Korea Tenggara, Hazman Turut Turun Padang Untuk Memuaskan Nafsunya Bergambar Dengan Artis Wanita... hahaha... Dia La Aku Punya Tokan Event.

Di Sebabkan Itu, Pihak Majikan Mereka Telah Bertekad Untuk Mereka Yang Loser Ini Untuk Menyertai Kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).Pada Mulanya Mereka Enggan Untuk Menyertai RELA Ini, Namun, Setalah Mendengar Nasihat Daripada Kakitangan RELA Yang Cun Tersebut, Akhirnya Mereka Pun Akur Dan Menyertai Kem Motivasi Ini..

 Aku Tak Tau Kenapa Banyak Kelibat Lelaki Ini Terselit Dalam Camera Aku... Sibuk Jer...!!! Choii...!!!

Di Sinilah Gelak-Tawa Unstopable Bermula.. Dimana Team WAL (Wahid,Azli Dan Lan) Mula Ditubuhkan Dan Mereka Telah Bertemu Dengan 3 Peserta Wanita Dari Kem Motivasi Yang Dem Hoot.. Iaitu Diana Amir Sebagai Mala (Pelakon Pembantu),Mas Muharni Sebagai Azie (Pelakon Pembantu) Dan Sasqia. Pertemuan Mereka Di Dalam Hutan Ketika Sesat Ber'Jungle Tracking Telah Membuatkan Cinta Mereka Berputik.. Part Nie Pown Tak Leh Blah.. Nak Pula Bila Seat Di Belakang Tempat Aku Duduk Adalah Seat 3 Ahli Senario Yang Tak Reti Dok Diam... Ade Jer Lawak Dia Dok Buat.. Hehehe... Lan Paling Best... Siap Tolah-Tolak Bahu Aku Bila Dia Dok Gelak... Nasib Baik Artis, Kalu Orang Lain tadi Tu, Kompom Makan Kasut New Balance Saiz 8" Dari AKu... Hehehe...

RELA Yang Membuatkan Aku Nak Jadi RELA...!!!

Pada Mulanya Penyertaan Di Kem, Mereka Sering Dibuli Oleh 3 Peserta Lelaki Yang Gila Nakalnya, Salah Sorang Daripada Mereka Adalah Kamal Adli, Pelakon Yang Kini Sedang Mencanak Naik Namanya.. Tetapi, Setelah Diberi Tunjuk Ajar Dari Cik Bat Bin Man *Lakonan Mr Os" Iaitu Jurulatih Dari Kem Itu, Akhirnya Mereka Bertukar Menjadi Lebih Berani Dan Tough, Macam Aku


Farid Kamil Sedang Mengorek Menggaru Hidungnya.. Datang Bagi Support Beb... Terbaek Der...!!!
Jadi, Itulah Sedikit Review Dari Aku YangTak Pandai Membuat Review Ini.. Kalau Korang Nak Gelak Lebih Lagi, Korang Kenalah Menonton Filem Ini Yang Bakal Ke Pawagan Pada 21 July Ini A.K.A Esok.. Memang Best... Rugi Kalau Korang Tak Tengok..ThumbUp For Mr. David Teo Yang Menerbitkan Fileb Berkualiti Ini.. Ader Pra-Tonton Nanti Jangan Lupa Call Aku Eh... Hehehe..

Boss Wahid Yang Jahat Orangnya... Dalam Filem Sekali Lagi Dia Jadi Perogol, Dalam Filem Ni Jadi ....

So.. Aku Bagi 4/5 Binatang Bintang Untuk Filem Senario The Movie : Ops Pocot , Watak Boss Wahid Sebagai Seorang "Apek" Kurang Menjadi, Tu Yang Bagi 4/5 Bintang Jer Tu... Hehehe... Okey... Siap Review... Buleh Off PC Sekarang.... Okey, Bye !!!!

Trailer

Senario The Movie : Ops Pocot


P/s: Kata-Kata Aluan Dari Davie Teo  Dalam "Broken Bahasa Melayu" Sebelum Filem Ini Bermula Dah Cukup Buat Kitaorang Pecah Perut... hehehe...



facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin



Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's