Nov 30, 2010

Ibu Hamil Yang Sarat Mengandung Di Tinju Oleh Pak Guard Hospital !!!

Share

Salam Buat Semua, Inilah Bakal Terjadi Apabila Seseorang Itu Berada Diluar Kawalan Atau Lebih Tepat Lagi Seseorang Itu Sakit Mental,Dalam Kes Macam Ni, Aku Tak Rasa Yang Pak Guard Ni Yang Bersalah.. Sebab Dia (Pak Guard) Ni Memang Sakit Mental.. Yang Bersalah Dalam Kes Ni Ialah Syarikat Pengawal Keslamatan Itu Sendiri Dan Pihak Hospital.. Kerana <--*Tu Dia* Tidah Menjalankan Ujian Kesihatan Terlebih Dahulu.. Read More...!!!



Dan Hasilnya, Seorang Ibu Sarat Mengandung Di Tumbuk Bertubi-Tubi Di Perutnya Oleh Pak Guard Itu Tadi.. Dia Ingat "SandBag" Kot... Apapun, Ibu Tadi Dan Babynya Selamat... Alhamdullilah... Berita Penuh Di Bawah Wokey.. Klik "Buka" Untuk Membaca Petikan Yang Di Copy/Paste Dari Metro Hari Ini...

Spoiler:

MUAR: Penderitaan seorang wanita yang hampir melahirkan anak bertambah parah apabila perutnya ditumbuk berkali-kali oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa yang berumur 26 tahun dihantar suaminya ke hospital itu selepas mengadu sakit perut mahu melahirkan anak.


Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa dipercayai ditumbuk suspek di dalam lif pusat perubatan berkenaan.

“Ketika kejadian, suami mangsa meletakkan kenderaan di petak parkir, manakala suspek membantu menolak mangsa menggunakan kerusi roda ke wad bersalin.


“Ketika berada di dalam lif, mangsa ditumbuk di perut beberapa kali, sebelum dia dihantar ke wad bersalin,” katanya.


Mangsa yang terkejut dan berada dalam kesakitan akibat tindakan tidak berperikemanusiaan pengawal keselamatan itu kemudiannya memaklumkan kejadian kepada suaminya yang berumur 33 tahun, sebelum suami mangsa membuat laporan polis berkaitan insiden terbabit.

Menurut beliau, polis kemudiannya menahan pengawal keselamatan terbabit untuk membantu siasatan.


“Kami merujuk suspek ke Wad Psikiatri HPSF dan dia dipercayai mempunyai masalah mental.

“Siasatan awal mendapati suspek baru dua bulan bekerja di syarikat kawalan keselamatan di HPSF,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Jurucakap HPSF pula memaklumkan bahawa mangsa selamat melahirkan bayinya tidak lama selepas kejadian dan kedua-duanya kini berada dalam keadaan sihat.


P.s:Kalau Dia Tak Pernah Sakit Mental, Tiba-Tiba Je Sakit Mental Lak.. Nak Salahkan Siapa ???

Video Yang Takde Kena Mengena.. Tapi Aku Nak Letak Sini Gak... Hahaha...


LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.



1 comments:

Anonymous,  November 30, 2010 at 8:38 AM  

huh..menakutkan....kesian wanita tuh..

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's