Salam Buat Semua, Buat Julung Kalinya Dalam Sejarah Perfileman Malaysia,"Perutusan" Tarikh Filem Ditayangkan Dipawagam DiSiarkan Di Kaca Tv.. Dah Macam Perutusan Hari Raya La Pulak Aku Tengok... Kuikuikui.. Nampaknya, Dr Rozmey Ni Bersungguh-sungguh Mempromosikan Filem Pertamanya Yang Di War-warkan Olehnya Bakal Menjadi Filem Pertama Pecah Punggung Panggung Dengan Kutipan Sebanyak RM40 Juta.. Boleh Ke ? Read More...!!!
Dengar Citer, Banyak Wartawan Yang Geleng Kepala Dan Kecewa Selepas Menonton Movie Screening Filem 2 Alam Baru-Baru Ni.. (Sila Rujuk Sini) Apapun, Kita Tunggu Je La 18 Nov Ni Okey.. Bukan Tunggu Untuk Tengok Citer Ni La... Tunggu Birthday Aku... Yeah... Hadiah Please...!!! Hehehehe...
Sila Klik "Buka" Untuk Membaca Berita Penuh...
Spoiler:
BELUMPUN reda kita dikejutkan dengan sasaran RM40 juta filem 2 Alam, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) selaku produser mahu membuat kejutan baru esok (7 November) serta projek 2011 syarikatnya.
Ketika ditemui di pejabatnya di Jitra, Kedah, DDR mahu orang ramai tunggu depan televisyen esok kerana dia akan membuat kejutan itu, tetapi tidak mahu menceritakan secara terperinci memadailah perutusan khas caranya tersendiri.
“Intro kata-kata saya di televisyen esok begini, “Saya Datuk Dr Rozmey pemegang label Dr Rozmey ingin mengisytiharkan...” Perutusan dalam 52 saat itu bukan bertujuan menyinggung mana-mana pihak, cuma ia lebih berunsur gimik untuk tarikan filem sulung saya. Jika perutusan berbentuk iklan itu mencetus kontroversi, saya tidak hairan kerana ia samalah seperti sasaran RM40 juta yang masih bingung difikirkan orang boleh atau tidak,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd juga penerbit dR Movie Production itu berkata idea membuat perutusan seperti aksi penyimpan besar mohor raja-raja itu tercetus apabila memikirkan filem 2 Alam akan memulakan tayangan pada hari kedua Aidiladha.
“Saya membuat perutusan awal seminggu sebelum tayangan supaya orang ramai khususnya peminat filem tempatan bersedia ke pawagam,” katanya.
Cuma tinggal 12 hari lagi filem 2 Alam akan ditayangkan di 85 panggung di tanah air termasuk Singapura dan Brunei bermula.
Sekalipun filem itu yang akan berentap dengan Harry Potter itu belum teruji lagi di pawagam, DDR sudah merangka beberapa projek terbaru untuk tahun depan yang disifatkan sebagai transformasi global supaya penggiat filem tempatan berjiwa besar sekali gus mencontohi apa yang dilakukannya.
“Jika 2 Alam saya mengundang dua pelakon luar, Aaron Aziz dan Shuhaila Salam dari Singapura, Untuk projek 2011, saya mahu menawarkan Pamela Anderson berlakon dalam filem saya. Pihak produksi saya sudah merangka beberapa projek baru yang akan kami laksanakan secara usaha sama.
“Sebagai permulaan saya akan berusaha untuk menjalani usaha sama dengan penggiat filem Thailand. Perkembangan filem negara jiran kita sebelah utara itu kian mendapat perhatian antarabangsa. Melalui filem usaha sama kelak dapat kita selitkan bintang ternama Hollywood itu nanti. Untuk projek sulung usaha sama begini, saya mensasarkan filem bercorak aksi dan kita maklum selain mistik filem Thailand sinonim dengan filem aksi” katanya.
Tidak dapat kita bayangkan jika impian DDR berjaya menyunting bintang seksi Baywatch itu, pastinya ia menjadi fenomena baru dalam filem Melayu.
Bertambah menarik jika dapat diselitkan adegan Pamela mencuba Jus Mate 5 untuk kesegarannya sejajar dengan tagline produk DDR, World Brand.
Belum setahun jagung menjadi produser, DDR mulai merasai getirnya tersendiri berbanding bisnes Jus Mate 5.
Sasaran RM40 juta yang dilaungkan itu menjadi persenda segelintir pihak bahkan tidak kurang menyifatkan dia menerbitkan filem tidak serius sekadar untuk ‘test market’ semata-mata.
“Tidak terlintas untuk saya test market dalam filem tetapi mahu membuat transformasi baru untuk penggiat filem mencontohinya. Saya tidak mahu jadi produser beria-ria menyebut setahun nak terbit sepuluh filem, untuk syarikat saya memadailah setahun, kami dapat terbitkan satu filem saja.
“Biarpun pun satu filem, ia menjadi bualan ramai, itu yang saya mahu. Umpamanya filem 2 Alam ini, di merata ceruk ramai yang memperkatakan sasaran RM40 juta itu. Saya sedar ada yang memperlecehkan impian saya itu tetapi salahkah jika saya mempunyai jiwa besar. Saya bukan Mat Jenin yang berangan-angan tanpa berusaha, sebaliknya saya memerah keringat sendiri, keluar wang sendiri bukan minta bantuan sesiapa untuk filem saya. Saya ada kapasiti seperti idea dan wang untuk menggapai impian saya, justeru saya harap pihak lain yang cuba perlecehkan saya kena ada integriti.
“Mengapa kita takut untuk bercakap filem Melayu mensasarkan RM40 juta. Ia samalah ketika PM dulu, Tun Dr Mahathir mahu mendirikan Menara Berkembar Petronas menjadi bangunan tertinggi di dunia, ada yang persenda impiannya itu. Bagi saya apabila impian sudah disemat seperti mahu filem kita cecah RM40 juta, atas daya keringat kitalah untuk direalisasikan. Saya yakin berkat usaha dan doa tidak mustahil ia menjadi realiti,” katanya. - hMetro
Dr Rozmey Cakap Nak Buat Kejutan Perutusan Ini Di Kaca TV Esok,Tapi, Aku Rasa Daripada Bulan Lepas Aku Dah "Terkejut Beruk" Tengok Video Perutusan Ni.. Sebab,Dari Bulan Lepas Lagi Dah Aku Upload Video Ni Kat Facebook Fan Aku <--Korang Dak "Like" Ke Blom ?. Tatau La Kalau Yang Esok Tu Video Yang Lain Dan Lebih "Mengejutkan". Tapi Cara Dia Bagi Klu Tu Macam Yang Ni Je... Layanzzzz.....!!!! Amaran : Lemah Jantung Jangan Tengok..!!! Takut Terkejut...!!!
Cerita ni trailer memang best, disebabkan banyak kali delay. Rasa dah tak excited macam dolu2.. hehe.. Filem Malaysia paling tinggi untung adalah Upin dan Ipin yang Geng tu.. Filem 2 Alam ni over confident nak untung 40 juta.. Huhu..
Apa-apa hal jangan indah khabar dari rupa dah le.. :)
hmmmm... dengar citer filem nie kan banyak adegan ranjang... hohoho....dr rozmey nie bagus tang promosi laaa.... memang kaw2 punye perah duit budget...
2 comments:
Hi, baru nak terjah blog nih..
Cerita ni trailer memang best, disebabkan banyak kali delay. Rasa dah tak excited macam dolu2.. hehe.. Filem Malaysia paling tinggi untung adalah Upin dan Ipin yang Geng tu.. Filem 2 Alam ni over confident nak untung 40 juta.. Huhu..
Apa-apa hal jangan indah khabar dari rupa dah le.. :)
hmmmm... dengar citer filem nie kan banyak adegan ranjang... hohoho....dr rozmey nie bagus tang promosi laaa.... memang kaw2 punye perah duit budget...
Post a Comment