Tiang gol ragut nyawa
Share
P.s:Al Fatihah Buat Adik Mohd Khairi Iskandar Onzek..
P.p.s: Video Bawah Ni Menunjukan Golongan Mereka Yang Memang Sengaja Dok Cari Sakit..
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.
Salam Buat Semua,Malang Tak Berbau.. Begitulah Nasib Yang Di Terima Oleh Adik Mohd Khairi Iskandar Onzek, 8, Yang Maut Akibat Ditimpa Tiang Gol Semasa Bermain Bola Sepak Di Sekolahnya Isnan Lalu.. Berita Penuh Korang Boleh Baca Petikan Harian Metro Di Bawah..
KEPALA BATAS: “Beberapa hari lalu, dia beritahu dapat nombor dua dalam peperiksaan tahunan dan di sekolah dia aktif,” kata bapa saudara Mohd Khairi Iskandar Onzek, 8, yang meninggal dunia pagi semalam kerana kecederaan dialami akibat ditimpa tiang gol di sekolahnya, Isnin lalu.
Shahizan Mohd Said, 29, yang ditemui di Taman Sri Desa berkata, selepas kejadian jam 12 tengah hari itu, Mohd Khairi dihantar ke Hospital Kepala Batas sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
“Saya dimaklumkan Mohd Khairi kehilangan banyak darah dan doktor memberitahu dia bukan saja cedera, malah saraf otaknya rosak dan itu antara sebab dia meninggal dunia,” katanya.
Dalam kejadian itu, mangsa terjatuh sebelum dihempap tiang gol menyebabkannya mengalami pendarahan di hidung dan telinga, selain kecederaan dalaman.
Guru sekolah yang dimaklumkan kejadian itu menghantar mangsa ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan.
Bagaimanapun, keadaan mangsa bertambah teruk menyebabkan dia dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia jam 8 pagi semalam.
Tinjauan Harian Metro di sekolah berkenaan mendapati dua tiang gol diikat tali penghadang selain dilekatkan notis ‘Awas’.
Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pajak Song, jam 5 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya menerima laporan kematian mangsa pagi semalam.
Katanya, berdasarkan siasatan, tiada unsur jenayah menyebabkan kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - hMetro
P.s:Al Fatihah Buat Adik Mohd Khairi Iskandar Onzek..
P.p.s: Video Bawah Ni Menunjukan Golongan Mereka Yang Memang Sengaja Dok Cari Sakit..
2 comments:
haih maen bola pon dh x selamat sekarang
:(
Al-Fatihah...dah lama tak main bola
Post a Comment