Mar 22, 2010

Ibu Harith Iskander Meninggal Dunia Pada Usia 84 Tahun

Share

Sekali Lagi Dunia Hiburan Dikejutkan Dengan Pemergian Farida Jane Musa, 84 Iaitu Ibu Kepada Pelawak Terkenal Harith Iskander Pada Sabtu Lalu.

Arwahyarhamah dikatakan menghidap sakit tua telah dimasukkan ke Hospital Pantai sejak seminggu lalu dan tidak sedarkan diri atau koma dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.



Tinggal Kenangan: Harith Iskander Bersama Ibu Tercinta


Ketika dihubungi, pengurus kepada Harith Iskander, Sue Hussin memberitahu jenazah Farida telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara bersebelahan pusara arwah bapanya, pada pukul 11.30 pagi semalam.



"Harith sepatutnya pergi ke Universiti Sains Malaysia pada hari Jummat lalu namun terpaksa membatalkannya kerana keadaan ibu yang kritikal.

"Sejak Jumaat lalau Harith sudah diberitahu oleh Doktor tentang keadaan ibunya yang terlalu lemah dan tidak mampu bertahan lama. Dia menghabiskan sepanjang minggu ini untuk menjaga ibunya.

"Buat masa sekarang Harith masih lagi dalam keadaan sedih kerana baru sahaja kematian bapa yang belum pun sebulan, kini terpaksa menerima hakikat kehilangan ibu tercinta pula," jelasnya. Arwah bapa dan ibu Harith, telah bercerai 20 tahun lalu dan kemudian bapanya berkahwin buat kali ketiga. Harith mengambil tanggungjawab menjaga ibunya selepas ibu bapanya bercerai.

Turut menghadiri upacara pengebumian ialah rakan-rakan artis seperti Maria Farida, Deanna Yusof, Hans Isaac, Afdlin Shauki dan ramai lagi bagi memberi penghormatan terakhir buat arwah ibunya.

Bersama-samalah Kita Mendermakan Al-fatihah Kepada Arwahyarhamah.




3 comments:

IyouweBlog.com March 22, 2010 at 8:11 PM  

salam takziah!

nanged u.Want some dating tips? nang no sweat 1st! ^^

mR.hoho March 23, 2010 at 10:33 AM  

salam takziah...
so sad... penah attend show harith ni kat Bangsar
seriously mantap!!

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's