Mar 14, 2010

Rozita Che Wan Klimaks ??

Share



"Lepas Ni Boleh La Korang Tengok Aku Belakon Dalam Movie Avatar 2..."
Biarpun masih cantik dan seksi, segelintir artis mengibaratkan diri mereka sudah mencapai klimaks dalam dunia lakonan dan seolah-olah mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.

Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 35, membuat pengakuan mengejut apabila mengumumkan mahu bersara sebagai pelakon mulai tahun depan.


Begitupun, dia menafikan sudah bertemu jodoh kerana keputusan persaraannya dibuat atas sebab lain.


“Bukan nak kahwin. Macam saya ini, siapa yang nak. Sebenarnya saya sudah penat. Penat dengan aktiviti lakonan dan tidak tahan dengan pelbagai gosip serta pandangan masyarakat yang banyak memberi aib kepada saya dan keluarga,” katanya.


Rozita berkata, persaraannya juga tiada kena mengena dengan tekanan pihak tertentu, terutama golongan VIP yang sering dikaitkan dengannya.

“Saya ada perancangan sendiri. Insya-Allah dalam tahun ini juga saya akan memulakan perniagaan sendiri.


“Saya akan mengeluarkan produk bulu mata palsu dengan jenama menggunakan nama saya. Saya optimis perniagaan ini mampu berkembang,” katanya.


Menurut Rozita, dia mengakui pasti ramai mempersoalkan keputusannya kerana ia dibuat ketika dia masih meraih populariti terbaik masa kini.


“Bagi saya, lebih baik berhenti ketika popular, baru kita akan diingati dan dikenang selalu.


“Jika berhenti ketika populariti merudum, nama hanya suam-suam kuku, orang tak akan ingat kita, malah kadangkala perasan pun tidak,” katanya.


Sebelum meninggalkan dunia lakonan, Rozita berharap masyarakat tidak berterusan membuat penilaian negatif terhadap dirinya, terutama hal kemewahan dimilikinya.


“Saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Dengan rezeki yang Tuhan beri, saya mampu dapat apa yang saya mahu dalam masa singkat.

“Begitupun orang tidak tahu banyak pengorbanan perlu dilakukan. Bukan senang mahu senang kerana tiada jalan mudah untuk kita capai apa dikehendaki,” katanya.


Sepanjang menceburi bidang lakonan, Rozita mengakui dia bekerja keras tanpa mengenal penat lelah. Ketika ini dia berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Perlis bagi memenuhi tuntutan jadual penggambaran dan aktiviti sebagai jurucakap produk.


Dari awal tahun sehingga Jun depan, jadual berkaitan aktiviti lakonannya penuh.


“Tempoh 24 jam itu saya rasakan singkat. Ketika ini saya seperti tiada masa rehat dan bersenang-senang kerana dalam tempoh beberapa hari perlu berulang alik dari Kuala Lumpur ke Perlis.


“Kadangkala terpaksa tidur di dalam kereta sampai kaki kejang,” katanya.


Rozita berkata, bidang lakonan ternyata memberinya rezeki melimpah-ruah dan mencukupi untuk kehidupannya.


“Buat peragaan, menjadi jurucakap produk pula satu bonus untuk saya. Bolehlah tampung perbelanjaan untuk beberapa bulan.


“Malah, ada iklan yang saya buat boleh tampung perbelanjaan sehingga setahun,” katanya berterus terang.


Rozita mengakui walaupun mempunyai tahap pendapatan selesa, dia tidak banyak mengeluarkan wang.


“Sebahagian wang saya hanya disalurkan ke rumah, kereta dan perbelanjaan harian serta anak. Selebihnya saya laburkan dalam saham amanah.


“Keuntungan daripada pelaburan juga memberangsangkan,” katanya yang memiliki BMW 3 series bernombor pendaftaran dua angka bernilai lebih RM200,000.


Ditanya apa selepas BMW, tanpa berselindung Rozita berkata, dia kini berusaha memiliki kereta mewah Porsche Cayenne.

DiCopy/Paste Dari hmetro...



Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's