Apr 6, 2010

Benjy Ambil Masa Selama 6 Bulan Untuk Belajar Membuat Shabu

Share

Teknologi Zaman Sekarang Ni Kadang Kala Boleh Membawa Padah. Inilah Yang Terjadi Kepada Benjy Atau Nama Sebenarnya, Khaeryl Benjamin Ibrahim Yang Menyalahgunakan Internet Sebagai "Buku Rujukan" Bagi Memproses Shabu Di "Makmalnya" Yang Bertempat Di Tinggkat 10 Di Flat Yang Sama Diduduki Oleh Keluarga Beliau Di Tinggkat 6.. Benjy Belajar Cara-Cara Membuat Shabu Daripada Video Yang Di Download Dari Internet.Video & Beberapa Dokumen @ "Guide" Turut Dijumpai Didalam Sebuah PenDrive Milik Benjy..Mmm.. Website Apa Yang Dia Masuk Untuk Download Video Tu Eh...?? Aku Tak Pernah Lak Jumpa Website Yang Macam Ni.. Untuk Download Video "Tutttt" Tu Banyak La... Baca Gosip Sampai Habis >>>


QQ


Benjy Akhirnya Menunjukan "Makmal" Bagi Mereka Memproses Shabu Kepada Polis.. Jadi Sah La Dia Bersalah Sekarang Ni Kan...?? Tapi Aku Kesihan La Kat Mak Dia.. Buat Macam-Macam Untuk Pertahankan Si Benjy Ni Ha.. Yang Terbaru, Azean menyerahkan Memorandum Kepada Suhakam Bagi Menuntut Hak Beliau..

Ni Petikan Keratan mStar Online Hari ni

KUALA LUMPUR: Aktres Azean Irdawaty memberitahu bahawa polis mendakwa bahawa anaknya, Benjy yang kini ditahan selama 60 hari tanpa bicara mengancam keselamatan negara.

Azean memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa dia mempunyai kesulitan dan dilarang untuk bertemu anaknya sepanjang di bawah jagaan pihak polis.

Hari terakhir dia bertemu Benjy pada 18 Mac, di lokap Balai Polis Bukit Jalil iaitu seminggu selepas penangkapannya, namun begitu, dia hanya diberi tempoh 15 minit sahaja.

"Saya telah diberitahu supaya tidak perlu melantik peguam kerana tiada perlu dan tiada gunanya. Selain itu, saya kecewa kerana tidak dapat menghantar semangkuk sup dan ubat kepadanya," katanya ketika menyerahkan memorandum kepada Suhakam bagi membenarkan peguam-peguam dan ahli-ahli keluarga untuk Bertemu Benjy.

"Saya memberitahu polis yang anak lelaki saya menderita akibat asma dan ingin memberi beberapa ubat yang saya membawakan. Bagaimanapun mereka tidak membenarkannya, saya hanya ingin menjalankan tanggungjawab saya sebagai ibu kepada seorang anak," katanya sambil menangis.

Kandungan memorandum itu juga mendesak agar Suhakam mengadakan dialog dengan kerajaan dan polis mengenai isu penafian akses terhadap peguam-peguam kepada orang-orang tahanan di bawah Emergency Ordinance atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Peguam kepada Benjy, Amer Hamzah Arshad berkata, anak guamnya telah dinafikan hak asasi manusia bagi mendapatkan perkhidmatan peguam dan polis telah mengunakan kuasanya untuk menahan semula Benjy selepas dia dibebaskan oleh Mahkamah Majistret pada 25 Mac lalu.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam berkata, menjadi hak untuk mana-mana tahanan mendapatkan khidmat seorang peguam.

"Itu adalah hak asasi manusia yang polis tidak boleh menafikan perkhidmatan peguam walau apa juga situasi," katanya.

Selepas mendengar aduan-aduan yang disuarakan oleh ahli-ahli keluarga, Suhakam merasakan bahawa polis perlu mempunyai cara komunikasi atau perhubungan awam yang lebih baik apabila berhadapan dengan masyarakat.

Benjy atau nama sebenar, Khaeryl Benjamin Ibrahim telah ditahan polis pada 11 Mac di kondominium, Kepong dan disiasat terlibat dalam sindiket memproses dan mengedar dadah.

P/S : Licik Gak Mamat Ni.. Boleh Plak Dia Buat Port Kat Atas Rumah Mak Dia Je.. Berani Tul Dia Eh...!!!

P/S/S: Aku Pon Selalu Gak Belajar Online,Aku Belajar Cara-Cara Bersolek Je.. Kuikuikui..

QQ



6 comments:

shafiq08 April 6, 2010 at 9:30 PM  

dalam internet ni macam2x ade..huhu..


http://belogbagus.blogspot.com/

taiko April 6, 2010 at 9:52 PM  

Kesian.. memang kesian kat mak dia..
kepada bebudak lain.. sayangilah mak anda..
jgn menyebabkan mereka merana kerana anda

maiyah April 6, 2010 at 10:27 PM  

prosedur biasa le tu akta dadah.. tngkapan bg 60 hari pas tu kene hntar penjara simpang renggam.. kat situ nnti akan jumpa hakim 3 bulan skali.. time tu le bleh ambik loyar.. tp dia nasib baik x kene 39B tu beb.. gantungggg kus semangat

sUkE GoSiP (A57),  April 9, 2010 at 8:06 PM  

kesian mak die, mak mane x syg anak, sejahat mna pon anak mak tetap disisi. tu la bile kita nk wat pe-pe pikir la keluarga kita dulu, kdng2 kita x sedar yg kesilapan kita akan menyusahkan owg lain.

Anonymous,  April 16, 2010 at 11:23 PM  

Akta ISA memang paptut dimahsuhkan. dah ada pun badan yg menetang ISA ni. Klu dah kne batang idung sendiri bru tau tak patut. Dlu org demontrasi hapus ISA korang cakap diorg ni mcm mcm. Huhuuuu... Skrg mai ramai2 kita sokong Hapus ISA. Takbir 3x..

Anonymous,  April 18, 2010 at 6:05 AM  

aku kesian gak dalam hal ni... tunggu dan lihat apa kesudahan.. pada masyarakat sekeliling jaga maruah keluarga dan agama...

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's