Apr 3, 2010

Hajat Din Terajui Filem 'Along Bukit Beruntung' Tak Kesampaian

Share



PENGARAH Afdlin Shauki yang juga rakan baik kepada Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri menyatakan rancangan untuk mengarah filem barunya dengan menampilkan arwah sebagai teraju utama tidak kesampaian.

Filem yang berjudul Along Bukit Beruntung itu telah dirancang sejak dia dan arwah Din terbabit dalam rancangan Aha beberapa tahun lalu.Baca Gosip sampai habis


"Saya dah lama berhajat untuk jadikan dia hero, ini juga adalah niat dia yang sudah lama terpendam. Jalan cerita dan skrip kami siapkan bersama.

"Malah dia terlalu teruja sehingga sudah mengambil cuti dari Era FM untuk penggambaran filem tersebut. Mengikut perancangan kami akan mula pada akhir tahun ini. Namun kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang lebih mengetahuinya," jelasnya.

Perkenalan lebih 10 tahun dengan arwah menjadikan hubungan tersebut lebih dari rakan baik, malah menurut Afdlin setiap projek yang dijalankan pasti akan melibatkan pelawak itu.

"Dulu ketika awal kemunculan saya bersama-sama dengannya, cuma rezeki saya naik dahulu. Tapi saya tidak lupakan dia, setiap projek saya akan panggil dia sekali.

"Apa yang saya tahu dia seorang yang baik hati, suka membantu orang dan kuat kerja. Dia bekerja untuk keluarga demi mencari rezeki, bukan untuk mencari populariti." jelasnya.

Dalam pada itu, Afdlin menyifatkan pemergian Din sebagai kehilangan sebutir permata yang sangat berharga dalam industri hiburan tanah air.

"Dia pergi ketika dia sedang berada di puncak kerjayanya. Saat rezekinya tengah murah, namun semuanya adalah ketentuan dari Allah. Kita hanya mampu berdoa agar rohnya dicucuri rahmat," jelasnya.

Sumber:Mstar Online

QQ



1 comments:

Anonymous,  April 4, 2010 at 3:23 AM  

semua orang harus pergi suatu hari!

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's