Jul 27, 2010

Amylea Suruh Aziz Desa Tutup Mulut...!! Marah Nampak..

Share

Amylea @ Amylea Azizan Hari Ini Melepaskan Rasa Geram Yang Teramat Kepada Pengacara Nasi Lemak Kopi O, Aziz Desa Yang Dikatakan Seringkali Menyindirnya Sebagai Anak Langkawi Yang Lupa Daratan... Betul Ke Aziz..?? Kalau Betul, Baik Kamu Minta Maaf Kat Amylea Ni Cepat-Cepat... Kang Dia Saman Kang Lagi Susah... Hehehe.. Baca Lagi Di Sini




PETALING JAYA: Penyanyi Amylea Azizan (gambar) meminta pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9, Aziz Desa supaya menutup mulut serta tidak menyebarkan berita yang bukan-bukan termasuklah menuduhnya sebagai anak Langkawi yang lupa daratan.

Amylea yang dihubungi Mstar Online Isnin, berkata, dia kecewa dengan sikap pengacara itu yang masih membawa isu lama untuk memanaskan dunia hiburan dan bukan berusaha untuk memulihkan keadaan.

“Saya minta dia supaya tutup mulut dan jangan kaitkan apa-apa tentang diri saya. Cukuplah selama ini dia menyebarkan berita yang bukan-bukan terhadap saya,” katanya.

Menurut Amylea, krisis diantara dia dengan Aziz Desa itu bermula kira-kira lima tahun lalu ketika pengacara itu menawarkannya menjadi duta Anti Fitnah di Langkawi.

Bagaimanapun Amylea terpaksa menolak tawaran itu kerana memikirkan masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Lagipun kata Amylea, dia bukan anak jati Langkawi dan hanya tinggal selama dua tahun sahaja di pulau itu kerana mengikut bapanya yang bekerja di sebuah hotel di sana.

Katanya disebabkan dia menolak tawaran tersebut, Aziz menuduhnya sebagai anak Langkawi yang lupa daratan sehingga timbul dakwaan mengatakan dia tidak mempedulikan ibu dan bapanya lagi.

“Walaupun peristiwa itu sudah lama tapi ia sering dibangkitkan, ramai yang menyindir mengatakan saya tinggalkan orang tua di kampung, padahal mereka tidak tahu hakikatnya kami sekeluarga sudah pun menetap di Kuala Lumpur.

“Percayalah walaupun saya bukan anak jati pulau itu tapi saya sangat berbangga tinggal di sana, Langkawi sebuah tempat yang sangat indah dan cantik bagi saya,” ujarnya.

Amylea yang kecewa dengan tindakan itu memohon agar pengacara berkenaan memohon maaf diatas perbuatannya itu dengan segera.

-mstaronline

P/s:Terlanjur Membaca, Korang Try Test IQ Korang Dengan Soalan Pada Gambar Kat Bawah Ni... Dapat Tak Jawapan ?? Aku Tak Dapat Siot...!!!



LABEL
span class="fullpost"/span



9 comments:

tiada nama July 27, 2010 at 2:42 PM  

kiraan salah tu.. patut rm 25 bahagi 3. so, setiap sorang kena bayar rm8.33. hoho

Ce'gu JAERA July 27, 2010 at 6:13 PM  

RM9 x 3 org adalah salah..sebab RM25/3 adalah bersamaan 8.33..

so bukan rm9 setiap seorg.. kehilangan RM1 itu adelah jumlah syiling yg tak di kira daripada setiap seorg..iaitu RM0.333 sen. (0.333x3=0.999@1)

sepatutnya penyata ayat tu rm 9.333 x 3 =rm28.00 itu ayat penyata yg betul...

harap penerangan ini dapat membantu menyelesaikan masalah di atas. (",)

kaplex July 28, 2010 at 1:39 AM  

wang yang dikeluarkan adalah:
RM9x3 = RM27

RM27=RM25(hotel)+RM2(tips)

RM30=RM27+(RM1+RM1+RM1)(wang yang tak dikeluarkan/dikembalikan)

Huzairiyah Hussin July 30, 2010 at 2:44 PM  

jwpnnya:
= RM 10 - RM 1 (wang dikembalikan)
= 9 x 3 orang = RM27

= RM 27 (sewa + tips) + RM3 (duit yang telah dikembalikan) = RM 30

sekian

ataicha August 2, 2010 at 10:08 PM  

rasanya jawapan Ryah Jasmi yang betul..

Sewa Hotel RM25....
so duit tu dah bayar kat hotel tue..

pastu kita tambah laa RM2... duit bagi tips.. so total RM27...

RM3 plak yang dipulangkan...

So cukup la RM30...
So xde la hilang RM1 tu...

aReaL August 15, 2010 at 9:26 AM  

@tiada nama,Gen2Merah,kaplex,Ryah Jasmi,~ataicha~ ,

Semua Pon Betoi.. Aku Dah Tau Jawapan Dia, Saje2 Buat Tak Tau... Hehehe.. Anyway, Thank All For Droping By...

K i v a February 21, 2011 at 9:24 AM  

aik... korang tak beminat langsung ke cerita pasal emylia? pasal duit gak korang minat... hahaha

Awesome & Wild February 24, 2012 at 7:21 PM  

hahaha,sah kna tipu bulat2 oleh equation dia wat...apsal rm27+rm2(tips) pla??rm27 kan harga sewa hotel dgn tips sekali...spatut dia rm27-rm2=rm25 harga promo hotel...kira semula-->sewa hotel(rm25)+tips(rm2)+bayaran pulangan(rm1x3org=rm3)=jumlah(rm30)...so,tidak spatut wujud equation-->rm27+rm2...hahahahahaha,awesome,brilliant and bravo memutarbelitkan equation...good job!! =D

Awesome & Wild February 24, 2012 at 7:28 PM  

hahaha,so funny...equation ni jelas sdh tipu bulat2,rm27(sewa hotel&tips)+rm2(tips)...tips telah dikira 2kali dlm equation ni,nasib baik dia tak ckp rm27(sewa hotel&tips)+rm2(tips)+rm3(bayaran pulangan)=rm32(jumlah) hahaha......spatut rm27-rm2 ja la,so brilliant,awesome,bravo putarbelitkan equation...hahahaha

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's