Sabrina Peserta Sehati Berdansa Keenam Bercerai.
Share
Sedutan Akbar Utusan Malaysia,
P/S: Bila Nak Buat Sehati Berdansa Season Baru Eh...???
Lagi Pasangan Sehati Berdansa Bercerai.. Sabrina Atau Nama Sebenarnya Sabrina Ali Dad Khan,30, Merupakan Pasangan Keenam Yang Bercerai.. Rasanya, Baru Je Dengar Pasangan Ann Ngasri Dan Suami Bercerai, Tetiba Dengar Sabrina Dan Suaminya Pula Bercerai.. Sebelum Ni Pun Semua Orang Dah Tau Yang Rumah Pangsa Tangga Pasangan Ini Bergolak... Aku Tau Time Tengok Melodi Kat TV3 3-4 Minggu Lepas.. Tapi Dia (Sabrina) Cakap Takde Masaalah Antara Dia Dan Suami.. Akhirnya, Bercerai Juga.. Mmm.. Apa Bole Buat, Takde Jodoh Kan.. Sabor Je Le.. Sambung Baca Di Sini
Sedutan Akbar Utusan Malaysia,
KUALA LUMPUR 1 Julai - Peserta Sehati Berdansa (SB), Sabrina Ali Dad Khan, 30, dan pasangannya Mohamad Shahrin Abdul Halim, 38, menjadi pasangan keenam yang menyertai rancangan ini bercerai.
Sebelum ini, peserta SB terbitan Astro yang lain, Asheed Def Gab C dan pasangannya, Sharifah Noor Shima; Atilia - Ariff Johan Abdul Aziz; Dira - Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid; Radhi OAG - Shazlin Sharif dan Anne Ngasri - Abdul Wafi Hassan turut melalui proses penceraian.
Sabrina yang juga anak saudara pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, mengesahkan kepada Utusan Malaysia hari ini yang dia dan Shahrin sudah bercerai bulan lalu.
Bagaimanapun, Sabrina enggan mengulas lanjut berita perceraian itu.
Katanya, dia belum bersedia untuk mendedahkan tempat, tarikh dan maklumat lain berhubung perceraian mereka bagi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak.
"Maaf, saya perlu merahsiakan kisah penceraian kami ini demi menghormati keluarga saya dan Shahrin.
"Kami mencapai persefahaman untuk bercerai dan hubungan saya dengan Shahrin masih berkawan baik demi anak kami," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Sabrina dan Shahrin bernikah pada 21 Mei 2006. Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ariyana, 2.
P/S: Bila Nak Buat Sehati Berdansa Season Baru Eh...???