Mar 21, 2010

Kereta Nissan GTR R35 Dato' Lee Chong Wei Berharga RM600,000

Kalau Sebut Je Nama Dato Lee Chong Wei, Koraong Mesti Dok Terbayang Badminton Dan Bulu Ayam.. Akan Tetapi.. (Ayat "Tetapi" Ni Tak Bleh Blah La...) Selepas Korang Tengok Gambar Kereta Baru Dia Ni , Kompom Lepas Ni Korang Dok Terbayang Kereta Dia Plak..





Ini Lah Kereta Yang Aku Maksudkan, Nissan GTR R35 Yang Selamat Sampai Ke Malaysia Pada 26 Feb 2010 Besamaan Bulan Lepas.. Harga Kereta Ini Hampir Mencecah
RM600,000.. Dengan Duit Sebanyak Ni Korang Boleh Membeli 12 Biji Rumah Flat Kos Rendah Atau 200 Ekor Lembu Betina. Kereta Ini Didatangkan Khas Oleh M7 Japan.. Da Siap Tuneup.. Kalau Belum Tuneup, Bleh La Dia Hantar Kereta Tu Kat Aku... Aku Bleh Tukar Ekzos Buloh... Kuikuikui...

Read more...

Kami Masih Bersama - Juliana Evans

"Kami Masih Bersama..." Itulah Kata Putus Ju Bagi Menyangkal Gosip sebelum ini Yang mengatakan bahawa Dia Dan vokalis Bunkface, Shamsul Annuar Mohd Baharom atau Sam putus Cinta. Cehh... Melepas Aku.. Baru Nak Masuk Line..



Ini terbukti apabila  Ju Kelihatan Turut hadir menyokong majlis pelancaran album pertama Bunkface bertajuk Phobia Phoney, di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
“Itu fitnah. Kami elok je bersama. Kami pun bahagia seperti biasa. Terus-terang kami tak berpisah dan tak ada pula bergaduh.  Alhamdullilah, kami berharap kebahagian kami ini nanti akan sampai ke gerbang perkahwinan,” ujar Sam.

Read more...

Mar 17, 2010

The Prince Of Beauty Yang Tak Laku

Menjadi Mimpi Ngeri  Jessica Simpson Apabila Rancangan Reality Show - The Prince Of  Beauty Yang Diarahnya Tidak Mendapat Sambutan Yang Mengalakan @ Tak Laku..  Record Menunjukan Bahawa Kurang Daripada 1 Juta Penonton Yang Menonton Semasa Rancangan Itu Mula Ditayangkan Pada Isnin Lepas..



Walaupong Jessica Sendiri Turun Padang bagi Mempromosikan Rancangan Itu, Tetapi Jumlah Penonton Masih Berkurangan.. Aku Rasa Munkin Pasal Minah Ni Dah Cubby Kot.. Pasal Tu Peminat Dia Dah Tak Ramai Lagi... Korang Minat Ke Tengok Minah Ni Berlakon...???

Rancangan TV Show Jessica Telah Tumpas Dengan Pesaing Rancangan Lain Iaitu Intervention, Hoarders, Dan Operation Repo.

Read more...

Mar 16, 2010

Tiz Zaqyah Dan Rozita Che Wan Berlakon Bersama

Kepada Siapa Yang Meminati Tiz Zakiah Dan Lakonanya, Ada Berita Gumbira Untuk Anda.
Satu Lagi Drama Bersiri Yang Bertajuk "Asmaradana" Sudah Ditayangkan Di TV3.. Drama Yang Mempunyai 25 Episod Ini Turut Dibintangi Oleh Shaheizy Sam, Iqram Dinzly, Norish Karman, Rozita Che Wan dan Natasha Hudson.. Biar Betik.. Rozita Che Wan Pong Ade Tu.. Tapi Aku Sekarang Ni Kureng Sikit Nonton TV.. Pasal Balik Umah Je Nak Tido.. Nak Tido Je Balik Umah.. Hehe.. Walau Pong Banyak Gossip Yang Kita Dengar Pasal Tiz Zakiah Ni, Tapi Fans Dia Still Banyak.. Pasal Dia Betul-Betul Bleh Belakon.. Jadi, Sama-Samalah Kita Layan Drama Ni... Zaazzzz....

Gambar Ni Bagi Mengubati Sakit Angau Korang Yang Minat Gila Babeng Kat Dia..

p/s: Citer Nur Kasih Aku Baru Tengok Separuh Je.. Beriya-iya Post Bagi Orang Download, Aku Sendiri Pong Tak Habis Tengok... Kalau Nak Download Semua Episode Nur Kasih , Bleh La Gi Kat Blog Aku Yang Lagi Satu.. Klik Kat Sini. Free Je..

Read more...

Mar 14, 2010

Rozita Che Wan Klimaks ??



"Lepas Ni Boleh La Korang Tengok Aku Belakon Dalam Movie Avatar 2..."
Biarpun masih cantik dan seksi, segelintir artis mengibaratkan diri mereka sudah mencapai klimaks dalam dunia lakonan dan seolah-olah mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.

Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 35, membuat pengakuan mengejut apabila mengumumkan mahu bersara sebagai pelakon mulai tahun depan.


Begitupun, dia menafikan sudah bertemu jodoh kerana keputusan persaraannya dibuat atas sebab lain.


“Bukan nak kahwin. Macam saya ini, siapa yang nak. Sebenarnya saya sudah penat. Penat dengan aktiviti lakonan dan tidak tahan dengan pelbagai gosip serta pandangan masyarakat yang banyak memberi aib kepada saya dan keluarga,” katanya.


Rozita berkata, persaraannya juga tiada kena mengena dengan tekanan pihak tertentu, terutama golongan VIP yang sering dikaitkan dengannya.

“Saya ada perancangan sendiri. Insya-Allah dalam tahun ini juga saya akan memulakan perniagaan sendiri.


“Saya akan mengeluarkan produk bulu mata palsu dengan jenama menggunakan nama saya. Saya optimis perniagaan ini mampu berkembang,” katanya.


Menurut Rozita, dia mengakui pasti ramai mempersoalkan keputusannya kerana ia dibuat ketika dia masih meraih populariti terbaik masa kini.


“Bagi saya, lebih baik berhenti ketika popular, baru kita akan diingati dan dikenang selalu.


“Jika berhenti ketika populariti merudum, nama hanya suam-suam kuku, orang tak akan ingat kita, malah kadangkala perasan pun tidak,” katanya.


Sebelum meninggalkan dunia lakonan, Rozita berharap masyarakat tidak berterusan membuat penilaian negatif terhadap dirinya, terutama hal kemewahan dimilikinya.


“Saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Dengan rezeki yang Tuhan beri, saya mampu dapat apa yang saya mahu dalam masa singkat.

“Begitupun orang tidak tahu banyak pengorbanan perlu dilakukan. Bukan senang mahu senang kerana tiada jalan mudah untuk kita capai apa dikehendaki,” katanya.


Sepanjang menceburi bidang lakonan, Rozita mengakui dia bekerja keras tanpa mengenal penat lelah. Ketika ini dia berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Perlis bagi memenuhi tuntutan jadual penggambaran dan aktiviti sebagai jurucakap produk.


Dari awal tahun sehingga Jun depan, jadual berkaitan aktiviti lakonannya penuh.


“Tempoh 24 jam itu saya rasakan singkat. Ketika ini saya seperti tiada masa rehat dan bersenang-senang kerana dalam tempoh beberapa hari perlu berulang alik dari Kuala Lumpur ke Perlis.


“Kadangkala terpaksa tidur di dalam kereta sampai kaki kejang,” katanya.


Rozita berkata, bidang lakonan ternyata memberinya rezeki melimpah-ruah dan mencukupi untuk kehidupannya.


“Buat peragaan, menjadi jurucakap produk pula satu bonus untuk saya. Bolehlah tampung perbelanjaan untuk beberapa bulan.


“Malah, ada iklan yang saya buat boleh tampung perbelanjaan sehingga setahun,” katanya berterus terang.


Rozita mengakui walaupun mempunyai tahap pendapatan selesa, dia tidak banyak mengeluarkan wang.


“Sebahagian wang saya hanya disalurkan ke rumah, kereta dan perbelanjaan harian serta anak. Selebihnya saya laburkan dalam saham amanah.


“Keuntungan daripada pelaburan juga memberangsangkan,” katanya yang memiliki BMW 3 series bernombor pendaftaran dua angka bernilai lebih RM200,000.


Ditanya apa selepas BMW, tanpa berselindung Rozita berkata, dia kini berusaha memiliki kereta mewah Porsche Cayenne.

DiCopy/Paste Dari hmetro...

Read more...

Related Posts with Thumbnails

Sila Tinggalkan Link Blog Anda Di Sini...

From 14 March 2010

  © Disclaimer : Sebuah Blog Merapu Yang Di Ilhamkan Oleh aReal Media Group's